
SD Guthrie semarak jiwa Malaysia
Semangat Hari Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram, Kuala Selangor, Selangor meriah apabila warga sekolah bersama-sama meraikan kepelbagaian kaum dalam suasana penuh ceria dan harmoni.
Dengan latar belakang kaum yang berbeza, murid membuktikan kepelbagaian bukan penghalang untuk bersama, sebaliknya menjadi kekuatan dalam membina negara.
Bukan sekadar menyemarakkan Hari Malaysia, program ini juga memberi peluang kepada warga sekolah mengenali lebih dekat peranan SD Guthrie melalui sesi perkongsian dan soal jawab.
Kegembiraan semakin terasa apabila warga sekolah menerima sumbangan daripada Julie's, Oligo dan Sunshine yang menambahkan lagi kemeriahan program.

Gabungan ilmu, aktiviti interaktif dan pelbagai sumbangan menjadikan sambutan kali ini bukan sahaja menyeronokkan, malah meninggalkan pengalaman bermakna buat murid-murid.
