Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas ditingkatkan daripada RM150 kepada RM200 sebulan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan ini akan memberi manfaat kepada 150,000 murid istimewa termasuk anak autistik.
“Insentif Pengajaran Murid Berkeperluan Pendidikan ditingkatkan daripada RM250 kepada RM300 ringgit sebulan, untuk memanfaat 20,000 guru pendidikan khas.
“Bagi memperkasakan sokongan serta pendidikan awal kanak-kanak autistik, dua buah Pusat Permata Kurnia baharu akan dibina di Melaka dan Pahang sebagai pusat latihan serta bimbingan khusus.
“Lebih 130 kelas Tabika Tunas Istimewa baharu bakal dibuka di kawasan desa seluruh negara bagi memastikan anak-kanak autistik daripada keluarga kurang mampu mendapat perkhidmatan intervensi awal yang berkesan,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.