Sebanyak 3,500 bilik darjah tambahan dijangka siap dibina menjelang akhir tahun ini melalui kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS)
Berdasarkan rekod, Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hampir 500,000 murid dijangka memasuki Darjah 1 pada 2027 termasuk lebih 70,000 anak-anak yang berusia enam tahun.
“Kerajaan turut akan membina sekolah baharu, bangunan prasekolah serta kemudahan di sekolah sedia ada.
“Antaranya ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Chemor, Perak; Kompleks Sekolah Bandar Serenia, Selangor; Pembinaan gantian penuh Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil), Johor; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Mahkota Cheras dan Bangunan prasekolah di SK Bulu Silou, Sabah,” katanya yang membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.
Iklan