Belanjawan 2027: Bantuan Awal Persekolahan naik kepada RM200 bagi setiap murid untuk sesi persekolahan 2027

Iklan
BAP ditingkatkan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid untuk persiapan sesi persekolahan 2027. Foto: Bernama

Berita baik buat ibu bapa apabila Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dinaikkan kepada RM200 bagi setiap murid untuk sesi persekolahan 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan itu membolehkan keluarga yang mempunyai empat orang anak menerima bantuan sebanyak RM800 bagi membuat persiapan persekolahan sesi akan datang.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, seramai 5.3 juta murid layak menerima BAP dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1 bilion.

"Bantuan ini akan disalurkan di sekolah supaya ibu bapa dapat hadir dan bertemu sendiri dengan guru sebagai tanggungjawab bersama bagi kemajuan akademik serta pembentukan sahsiah anak-anak," katanya ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini.

Iklan

AKAN MENYUSUL

 

Iklan