Belanjawan 2027: Tabung Sumbangan Wang Awam Sekolah ditambah baik, layak potongan cukai

Iklan
Anwar. Foto: Bernama

Tabung Sumbangan Wang Awam Sekolah akan ditambah baik bagi menggalakkan penglibatan ibu bapa, alumni dan masyarakat dalam membentuk persekitaran sekolah yang lebih berkualiti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahbaikan itu membolehkan sumbangan sukarela daripada ibu bapa, alumni dan masyarakat digunakan bagi menampung operasi sekolah, membaiki kemudahan, membeli peralatan serta melaksanakan program untuk murid.

Iklan
Iklan

Menurut beliau ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, sumbangan tunai kepada tabung berkenaan juga layak mendapat potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat.

 

Iklan

 

Iklan