Program Seven Pillars di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melahirkan belia positif yang menerajui masa depan

Iklan
300721-unimap4
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) kerajaan telah menekankan kepentingan pembangunan modal insan yang holistik untuk kepentingan sumber tenaga manusia pada tahun 2020.Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing.Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Bagi merealisasikan matlamat ini tercapai, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah memainkan peranannya dengan memperkenalkan Program Seven Pillars yang berteraskan kemahiran insaniah selari dengan Modul Kemahiran Insaniah oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.[caption id="attachment_23879" width="300"] Mantan Naib Canselor UniMAP, Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad bersama pengurusan tertinggi UniMAP ketika program pillars bersama pelajar Diploma sebelum pandemik COVID-19.[/caption]Sejauh manakah Program Seven Pillars berkesan kepada diri dan kerjaya? UniMAP menerusi salah satu agenda kritikal iaitu kebolehpasaran graduan, tafsiran dan falsafah yang diterjemahkan telah mewujudkan satu program pembangunan pelajar yang dipanggil Tujuh Teras (Seven Pillars).Mobiliti untuk program ini adalah kesemua pelajar diwajibkan mengikuti program di bawah Tujuh Teras sebagai syarat bergraduan. Tanpanya, pelajar UniMAP tidak akan dikurniakan ijazah.Di peringkat UniMAP juga bagi pelajar program pengajian peringkat diploma perlu mengambil empat kursus wajib The Four Pillars manakala pelajar program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda pula perlu mengambil tujuh kursus wajib The Seven Pillars. UniMAP menerusi program tujuh teras secara halusnya menyemai kemahiran-kemahiran luar kuliah seperti komunikasi, kepimpinan dan keusahawanan. Program Seven Pillars yang diperkenalkan di UniMAP dikenali sebagai program pembangunan sahsiah pelajar yang merangkumi Kursus Patriotisme, Jati diri Pelajar dan Kepimpinan untuk Pillars 1; Program Baktisiswa, Program Khidmat Sosial Masyarakat untuk Pillars 2; Program Kerohanian dan Sivik untuk Pillars 3; Program Wacana Sosial untuk Pillars 4; Inovasi & Penyelidikan , Kemahiran Teknikal & Profesional untuk Pillars 5; Kursus Keusahawanan, Kecemerlangan Bakat untuk Pillars 6 dan Etika Sosial & Kerjaya untuk Pillars 7.Program dan kursus yang dilaksanakan ini bertujuan membentuk sahsiah diri pelajar selari dengan pembangunan modal manusia yang berkualiti.Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan menerusi Program Seven Pillars yang mempunyai impak positif kepada pelajar.
    dengan syarat mereka haruslah mengikuti program PALAPES atau SUKSIS sehingga ditauliahkan.Penulis ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Perlis, Prof Dr Mohd Foa’d Sakdan.