Mahasiswa UUM kongsi pengalaman secara dalam talian dengan pelajar dari universiti di Indonesia

Iklan
Untitled (9)

SINTOK – Pembabitan mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Saniy Samsudin, 23, dalam pelbagai persidangan di peringkat antarabangsa menarik perhatian universiti negara jiran untuk menjemput dirinya bagi berkongsi pengalaman.

Iklan
Iklan

Muhammad Saniy yang juga pelajar mobiliti UUM ke Universitas Gadjah Mada, Indonesia, dijemput sebagai panel bersama dua siswa dari Universitas Mataram dan Universitas Jenderal Soedirman, Indonesia secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom, baru-baru ini.

Iklan

Muhammad Saniy, Dzia Istiqlal dari Universitas Mataram dan Raihan Zachary Ramadhan dari Universitas Jendral Soedirman berkongsi maklumat mengenai hal-hal diplomasi, penulisan kertas kerja dan cara untuk menyertai persidangan antarabangsa dalam satu program yang dianjurkan oleh Prodi Pendidikan Bahasa Inggeris, Universitas Sembilanbelas November Kolaka.

Iklan

Program itu telah dirasmikan oleh Netty Huzniati Andas yang mewakili Dekan Fakuti Pendidikan Universitas Sembilanbelas November Kolaka.

Pelajar semester empat Sarjana Muda Kewangan UUM ini menggunakan sebaiknya peluang berkenaan untuk berkongsi maklumat dan cara menyediakan kertas kerja terbaik seperti yang dibentangkannya ketika menyertai Persidangan Atas Talian Asia World Model United Nations Virtual Conference MMXXI anjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang berlansung pada 26 hingga 28 Mac 2021.

[caption id="attachment_24265" width="600"] Muhammad Saniy kongsi pengalaman dengan pelajar universiti di Indonesia secara dalam talian.[/caption]

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC) UUM, Prof Madya Dr Badariah Din ketika dihubungi yakin peluang yang diberikan seperti ini dapat meningkatkan pengalaman dan hubungan antara pelajar kampus ini dengan pelajar dari luar negara.

Menurut beliau, aktiviti sedemikian terutama sepanjang tempoh pandemik Covid-19 perlu diadakan walaupun secara dalam talian kerana proses pembelajaran perlu diteruskan.

"Penyertaan Muhammad Saniy dalam program ini juga diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh peserta dari universiti di Indonesia kerana dia mempunyai pengalaman dalam tiga penyertaannya di peringkat antarabangsa.

[caption id="attachment_24263" width="600"] Pengarah Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC) UUM, Prof Madya Dr Badariah Din.[/caption]

"Antara program yang pernah disertai oleh Muhammad Saniy sebelum ini ialah Axiata Foundation University Leadership Development Programme (ULDP), Persidangan Dalam Talian Antarabangsa Asia Afrika dan Asia World Model United Nations Virtual Conference MMXXI yang disertai oleh 643 peserta dari 65 negara.

"Saya percaya pengalaman yang diperoleh itu pastinya memberikan kekuatan kepada Muhammad Saniy untuk berkongsi pengalaman dan membuat pengisian bermanfaat kepada peserta yang menyertai program berkenaan,”ujar beliau lagi.

Katanya lagi, dengan penyertaan daripada mahasiswa UUM ini juga pastinya dapat memperkasakan lagi agenda pengantarabangsaan universiti.

"Pihak pengurusan universiti sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada pelajar terutamanya dalam penyertaan di peringkat antarabangsa sebagai pendedahan utama kepada mereka," ujar beliau.

Setakat ini, terdapat lebih 2,356 pelajar sarjana muda dan pascasiswazah daripada 52 negara yang menyambung pengajian mereka di kampus UUM.

Daripada 52 negara itu, lima negara mencatat pelajar yang teramai ialah dari Indonesia, China, Pakistan, Nigeria dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) manakala pelajar lain ialah dari Somalia, Bangladesh, Perancis, Thailand, Jepun, Nigeria, Yaman, Jordan, Iraq dan Palestin.