Jepun masih guna papan hitam dan kapur dalam pembelajaran, rupa-rupanya kerana sebab ini…

Iklan
132971379_2878167932448563_1007272797746444634_n

Teringat waktu kecil-kecil dahulu, ketika di zaman sekolah rendah dan menengah, penggunaan papan hitam dan kapur sememangnya menjadi keutamaan.

Iklan
Iklan

Guru-guru akan menulis segala maklumat di papan hitam manakala pelajar menyalin di dalam buku tulis.

Iklan

Tetapi kini, penggunaan papan hitam dan kapur tulis di Malaysia sudah tidak digunakan lagi disebabkan perubahan zaman.

Iklan

Namun, berlainan pula dengan negara Jepun. Guru-guru dan pelajarnya masih tetap menggunakan papan hitam dan kapur walaupun negara mereka sudah canggih. Kenapa begitu?

Menerusi Facebook Zunita Ramli, segala persoalan akan terjawab.

Ikuti perkongsian beliau.

*****

Mungkin agak pelik, banyak bilik darjah di sekolah-sekolah di Jepun masih menggunakan papan hitam dan kapur. Bahkan pada tahun 2015, hampir 75% bilik darjah di Jepun masih menggunakan papan hitam dan kapur sebagai medium pengajaran utama.

Mengapa Jepun yang terkenal dengan negara yang canggih dengan kemajuan gajet dan teknologi masih menggunakan cara tradisional, papan hitam dan kapur?

Kenapa paling tidak, gunakan white board atau yang lebih canggih seperti smart screen?

"Bansho” atau ‘board-writing’ adalah sebenarnya teknik pengajaran Jepun yang dah diuji dan dikaji keberkesanannya dalam pengajaran sejak bertahun-tahun lamanya.

Dalam salah satu kajian yang dilakukan (Sankyuu 2015), warna hijau di papan hitam memberi kesan tenang (calming effect) pada pelajar dan membolehkan mereka fokus dengan lebih efektif berbanding papan yang berwarna putih.

Bunyi yang dihasilkan apabila kapur menyentuh papan hitam juga adalah faktor penting. Tulisan kanji Jepun yang berbentuk seperti tulisan cina (kanji) banyak menggunakan ‘stroke’ dalam satu-satu tulisan.

Bunyi yang dihasilkan ni dikatakan dapat menambah daya fokus pelajar. Bermaksud, semakin banyak stroke yang ditulis, semakin banyak bunyi yang dihasilkan, jadi semakin tinggi daya fokus seseorang pelajar.

Selain tu, mata lebih mudah melihat tulisan putih (kapur) berlatarbelakangkan warna gelap papan hitam berbanding tulisan hitam di papan putih (white board).

Jadi tulisan putih di atas papan hitam ini sendiri mampu mengurangkan tekanan pada mata dan benda ni menyebabkan murid lebih mudah untuk fokus.

Tulisan putih background gelap Ini juga lebih mudah dilihat dari jauh dan kurang hasilkan titik buta atau"blind spots”. Jadi pelajar lebih mudah faham sesuatu subjek yang diajar di dalam kelas.

Sebab itu kalau tengok, Jepun memang sangat berhati-hati bila nak perkenalkan sesuatu perubahan dalam sistem pengajaran mereka. Sebab mereka percaya sesuatu perubahan itu perlukan kajian untuk lihat sejauh mana ia berkesan untuk bantu tingkatkan pemahaman pelajar dalam kelas.

Jadi tak hairanlah kalau Jepun berjaya lahirkan ramai orang pandai dan mereka juga merupakan negara Asia yang paling banyak menghasilkan Pemenang Hadiah Nobel terutama dalam bidang Fizik!

Sumber: Facebook Zunita Ramli

Tip mudah cuci baju sekolah warna putih, kaum ibu boleh cuba cara ini

5 tip pemakaian guru yang sesuai dipakai ke sekolah

5 tip daripada Pejabat Pendidikan Daerah, untuk sekolah, guru dan pelajar sertai pertandingan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok