Membanggakan! 4 pelajar Malaysia kuasai tempat teratas peperiksaan ACCA dunia

Iklan
Profile Photo_ACCA June 2021 Top Achiever_Lim Hui Ning (1)

Empat pelajar Malaysia berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila mencapai keputusan cemerlang dalam kertas Jun 2021 bagi peperiksaan kelayakan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) sekali gus menguasai tempat teratas di seluruh dunia.

Iklan
Iklan

Mereka berjaya mengatasi lebih 103,000 pelajar dari seluruh dunia yang mengambil peperiksaan berkenaan secara Pengawasan Peperiksaan Jarak Jauh (Remote Invigilation - RI) sepenuhnya, sekali gus menjadikan ia satu pencapaian yang amat membanggakan negara.

Iklan

Pelajar-pelajar tersebut adalah Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi, Ng Jia Hui, Lim Hui Ning dan Kok Xue Min yang masing-masing berjaya mendapat kedudukan pertama dalam kertas yang diduduki mereka.

Iklan

Baca juga: UCTS dan PPD disaran bekerjasama latih guru guna Raspberry Pi

Baca juga: Lengkapi graduan dengan akademik dan skil pelbagai aspek

Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi yang mendapat keputusan terbaik dalam kertas Pengurusan Kewangan dan mencapai markah tertinggi di seluruh negara dalam Laporan Strategi Perniagaan (Strategic Business Reporting), menzahirkan ucapan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan pensyarah kerana sokongan berterusan atas pencapaiannya.

[caption id="attachment_24635" width="267"] Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi[/caption]

"Saya juga sangat berterima kasih atas semua sokongan moral dan praktikal yang diterima daripada semua orang sekali gus memberi motivasi serta keyakinan untuk saya melakukan yang terbaik dalam peperiksaan.

"Sebagai persediaan, saya menggunakan Platform Pembelajaran CEB ACCA dan selepas menjalani peperiksaan jarak jauh, saya yakin dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang mudah berubah pada masa depan,” katanya.

Baca juga:

Pelajar Asasi Perakaunan ACCA, Lim Hui Ning, yang mendapat markah tertinggi untuk dua kertas iaitu Asas Percukaian dan Asas Audit pula mengakui pencapaian bergandanya itu adalah hasil daripada ketekunan dan fasiliti lengkap dalam pelajaran yang diterimanya sepanjang belajar di ACCA.

[caption id="attachment_24636" width="267"] Lim Hui Ning[/caption]

Sementara itu, Ketua Portfolio, ACCA Maritime Asia Tenggara, Edward Ling, berkata pelajar Malaysia sebenarnya sentiasa konsisten dalam mendapatkan kedudukan yang baik dalam peperiksaan ACCA.

Menurut beliau, pencapaian mereka tahun ini lebih mengagumkan kerana pelajar teguh bertahan mengharungi pandemik dan semua ketidaktentuan yang timbul berikutan penularan virus Covid-19.

"Sepanjang tempoh yang mencabar ini, ACCA berusaha memberikan pelajar sokongan yang diperlukan untuk peperiksaan maya mereka, seperti akses kepada sumber pembelajaran digital yang dipertingkatkan merangkumi siri webinar dan audio siar (podcast) dengan bimbingan tutor pakar dalam bidang masing-masing.

Ikuti GPSBestari di twitter

"Tutor berperanan memberi penekanan dalam aspek teknik dan petua peperiksaan yang penting untuk berjaya serta aplikasi Akauntan Pelajar (Student Accountant) dan sumber pembelajaran Pengalaman Praktikal kami yang menyediakan bimbingan belajar yang penting kepada pelajar.

"Kami juga menggalakkan pelajar untuk menggunakan Platform Latihan Peperiksaan ACCA, yang membolehkan mereka mengambil peperiksaan tahun-tahun sebelum ini di platform berkenaan yang menyerupai peperiksaan RI sebenar,” ujar beliau.