Kerana kepakaran dalam IT, Cikgu Raheym kini jadi sumber rujukan warga pendidik

Iklan
db677a78-0866-42be-85bc-9ca6df7fd871
Ketika guru-guru lain menjalankan pembelajaran bersemuka di sekolah (sebelum Covid-19), Cikgu Abdul Raheym Ahmad, dari Kolej Vokasional (KV) Balik Pulau, Pulau Pinang, sudah pun mengaplikasikan pembelajaran dalam talian secara berperingkat.Berkemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat (IT), Cikgu Raheym memberitahu Sinar Bestari, dirinya telah memulakan pembelajaran secara dalam talian sejak 2018."Saya seorang guru yang aktif dengan penglibatan luar seperti membawa pelajar ke pertandingan kemahiran, inovasi dan menghadiri mesyuarat mahupun bengkel anjuran pihak berkaitan."Memandangkan seringkali tiada di sekolah, saya akan mengajar dalam talian dengan berkongsi video tutorial, video pembelajaran dan sebagainya."Pelajar saya akan menonton semua video tersebut dan mencatat segala nota diberikan. Jika ada yang tidak faham, mereka akan whatsapp atau pun berjumpa saya bila berada di sekolah," kata guru subjek Rekabentuk Grafik & Media Cetak ini.Cikgu Raheym yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Matematik Pengkomputeran dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam berkata, Covid-19 telah banyak mengubah landskap dunia pendidikan hari ini."Dulu semua guru dan pelajar perlu datang ke sekolah untuk mengajar dan belajar. Namun baru-baru ini, semuanya perlu belajar di rumah menggunakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)."Bila PdPR, majoriti akan guna telefon, komputer, laptop dan gajet-gajet lain. Di sini, anak-anak akan memberi tumpuan 100 peratus terhadap gajet berkenaan. Cuma masalahnya sekarang, sama ada penggunaan gajet itu dapat digunakan untuk perkara positif atau sebaliknya," katanya.Dunia pendidikan pantas berubahPenerima Anugerah Ikon Guru: TVET Negeri Pulau Pinang itu berkata, gajet seperti telefon memang menjadi 'kewajipan' dan keperluan bagi pelajar sekarang."Saya ambil contoh portal pelajar iaitu platform yang dibangunkan untuk maklumat dan sumber setempat pelajar KV Balik Pulau."Ia dibangunkan bagi memudahkan pelajar mendapat info yang cepat, tepat dan terkini. Info-info seperti jadual waktu kelas, e-book, aduan, pendaftaran kursus, video tutorial, pertandingan, komunikasi, koleksi video kelas dan sebagainya, memerlukan pelajar melayari menggunakan telefon."Begitu juga dengan Instagram KV Balik Pulau dan TikTok. Banyak kandungan dalam media sosial itu meletakkan video pendidikan yang ringkas dan padat dengan ilmu. Jadi, di sinilah letaknya kepentingan telefon kepada pelajar untuk mereka mendapatkan ilmu," katanya.Beliau berkata, pandemik Covid-19 telah mengubah dunia pendidikan dalam sekelip mata."Kami (pendidik) tiada pengalaman online learning sebelum ini dan kena hadapi juga situasi sebegini sekarang dan masa akan datang."Saya lihat semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Guru harus mencipta pengalaman pembelajaran yang seronok, tepat dan mudah. Mereka perlu mendalami ilmu membangunkan media pembelajaran seperti mengedit video, animasi ringkas, penilaian dan pentaksiran secara dalam talian."Pelajar pula perlu menggunakan gajet dengan baik dan betul. Memang diakui media sosial serta games ada ‘kuasa penarik’ hingga pelajar boleh terlupa hal-hal yang lebih penting. Dalam soal ini, disiplin diri dengan jadual harian sangat-sangat digalakkan," kata anak bongsu daripada lima adik beradik itu lagi.Katanya, ibu bapa disarankan peka dengan jadual pembelajaran anak dan sebolehnya menetapkan waktu penggunaan gajet anak masing-masing.[caption id="attachment_24825" width="600"] Pelajar-pelajar KV Balik Pulau ketika mengadakan lawatan industri percetakan ke Kumpulan Karangkraf pada 2018.[/caption]"Anda boleh muat turun aplikasi seperti Google Family Link pada telefon ibu bapa dan anak-anak. Dengan aplikasi ini, ibu bapa boleh kawal telefon anak dari segi penggunaan, lokasi, tetapan, sekatan dan sebagainya," jelas anak kelahiran Pulau Pinang ini.Cikgu Raheym turut menasihati pelajar yang bermain gajet tanpa hala tuju."Gajet (telefon) bagaikan keperluan utama sekarang untuk pelajar berkomunikasi, pembelajaran, hobi dan lain-lain."Setiap pelajar mempunyai kaedah dan penerimaan yang berbeza, ada yang suka belajar melalui visual (video/animasi), terima menerusi audio (ceramah/podcast) dan juga yang jenis kinestatik/psikomotor (perbuatan/demonstrasi)."Namun kita sebagai orang dewasa kena bijak mempengaruh pelajar menggunakan gajet dengan cara betul agar masa mereka tidak terbuang begitu sahaja," jelas beliau.Beliau turut berharap guru-guru dapat menghasilkan aplikasi pembelajaran sendiri untuk masa depan pelajar kerana hanya guru yang tahu kemampuan pelajar mereka."Untuk membangunkan aplikasi, tidak perlu ilmu pengaturcaraan, hanya drag & drop sahaja sudah boleh wujudkan aplikasi," katanya.INFOTahap PendidikanIjazah Sarjana Muda (Kepujian) Matematik Pengkomputeran, UiTM Shah AlamDiploma Sains Kuantitatif, UiTM Shah AlamDiploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Teknologi Maklumat) UPSI. Sejarah perkhidmatanPengurus Pemasaran, Bahagian Perusahan Kecil Sederhana, Jabatan Ketua Menteri Melaka, 2006 – 2007Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), SMK Tok Labu Pulau Pinang, 2008- 2009GSTT, SMK Tuanku Ismail, Sungai Petani, Kedah, 2010KV Balik Pulau 2014 hingga sekarangJawatan pernah disandangGuru Literasi Sains Komputer 2014, SMK Tunku IsmailGuru Sistem Komputer & Rangkaian 2015, KV Balik PulauKetua Unit Rekabentuk Grafik 2017, KV Balik PulauKetua Jabatan Teknologi Maklumat 2018, KV Balik PulauKetua Jabatan Seni Reka 2020, KV Balik PulauAnugerahAnugerah Ikon Guru: TVET Negeri Pulau PinangAnugerah Guru Ikon TVET Daerah Barat Daya Pulau PinangAnugerah Guru Didik TVAnugerah Guru InovasiArtikel berkaitan 5 kemahiran untuk memancing udang galahBantu pasang capaian internet di sekolah terpilih, projek khidmat komuniti pelajar universiti berjayaHasil berlatih tanpa jemu, atlet SeMShah akhirnya bergelar raja pecut daerah

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok