Berkat kegigihan berlatih, akhirnya atlet SeMShah digelar raja pecut daerah
Berkat kegigihan berlatih, akhirnya atlet SeMShah digelar raja pecut daerah

Hasil berlatih tanpa jemu, atlet SeMShah akhirnya bergelar raja pecut daerah

Roshlawaty Md Raieh
26 Jul 2022 02:48pm
A
A
A

Impian pelajar Tingkatan Tiga, Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah (SeMShah), Pahang, Mohd Irfan Khairuddin dalam sukan olahraga cukup besar.

Dia seboleh-bolehnya mahu merangkul gelaran raja pecut daerah Rompin, Pahang walaupun dia tahu, laluannya begitu sukar.

Bagaimanapun, kata-kata dorongan dan motivasi yang datang daripada insan-insan kesayangan telah membuatkan Mohd Irfan terus bersemangat untuk mendapatkan gelaran tersebut dalam apa jua situasi.

Dek usaha gigihnya berlatih setiap hari, akhirnya Mohd Irfan muncul juara bagi acara 100 meter (m) dan 200 m dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Rompin, Pahang baru-baru ini, sekali gus gelaran raja pecut daerah Rompin menjadi milik atlet hebat ini.

Berkongsi dengan Sinar Bestari, Mohd Irfan berkata, dia masih lagi terkejut namun dalam masa yang sama sangat gembira dengan gelaran yang diperolehnya itu.

“Tak sangka sebab pesaing dalam sukan olahraga di MSSD Rompin ini semuanya hebat-hebat belaka.

“Jujurnya, peluang untuk menang sangat tipis, namun sangat bersyukur kerana ALLAH telah memakbulkan doa saya yang mahu bergelar raja pecut,” katanya yang bercita-cita bergelar usahawan kelak.

Tambah Mohd Irfan, gelaran pada peringkat daerah telah berjaya disandang dan kini dia sedang memburu gelaran raja pecut peringkat negeri Pahang pula.

“Saya menyedari cita-cita ini bukan suatu yang mudah, tetapi insya-ALLAH, berkat latihan yang berterusan bersama rakan-rakan dan hasil titipan ilmu serta pengalaman para jurulatih, saya yakin mampu merealisasikan hasrat dan impian tersebut,” katanya.

Buat adik Mohd Irfan, kami di Sinar Bestari dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar awak terus berjaya serta meraih pelbagai anugerah dalam sukan olahraga akan datang, insya-ALLAH.

Artikel berkaitan 

Tersenarai antara 50 calon seluruh dunia, Alesyah buat rakyat Malaysia gembira dan bangga!

10 petua menjadi pemidato hebat, ini perkongsian Ikon Pemidato Malaysia

Rahsia tersembunyi pelajar cemerlang, berikut 9 perkara dikongsi mereka


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok