Hasil bimbing tiga guru hebat ini, pasukan inovasi SK Kampung Idaman menang emas peringkat dunia
Iklan
Pasukan inovasi Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Idaman Pelabuhan Klang, Selangor terkejut kerana dipilih sebagai penerima Anugerah Khas pada Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation And Technology Exposition (IPITEX 2020), awal Februari lalu menerusi inovasi Idaman Tea.Dalam masa yang sama, inovasi itu juga turut memperoleh pingat emas pada pertandingan berkenaan.Ketua pasukan Inovasi, Cikgu Danial Heryanto Zainal Abidin berkata, Idaman Tea ialah serbuk daun pucuk jambu dan daun pudina menggunakan uncang daripada fiber daun nanas (Mint Guava leaf Tea in Pineapple Fibre Sachet)."Idaman Tea dihasilkan untuk merealisasikan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Kefahaman Melalui Rekabentuk (KMR) dalam program TS25 berteraskan keperluan pembelajaran murid."Idaman Tea merupakan produk inovasi rintis hasil idea bersama guru dan murid sekolah ini," katanya.[caption id="" width="400"] Sijil dan Anugerah Khas I-New Gen Award yang dimenangi inovasi di IPITEX 2020.[/caption][caption id="" width="400"] Inovasi Idaman Tea yang dihasilkan daripada serbuk daun pucuk jambu dan daun pudina menggunakan uncang fiber daun nanas.[/caption]Terdahulu, IPITEX 2020 yang berlangsung 2 hingga 6 Februari lalu, bertujuan menghargai alam sekitar dan meningkatkan kualiti penggunaan herba dalam kesihatan manusia.Objektifnya juga mengenali dan mendekati sumber alam serta memanfaatkan kebaikan yang ada pada alam sekeliling.Berlangsung di Bangkok International Trade & Exhibition Centre, Thailand (BITEC), IPITEX 2020 disertai beberapa negara dari seluruh dunia antaranya, Malaysia, Poland, Iran, Korea, Jepun, Thailand, Indon dan United Kingdom.Turut sertai Kanada, Filipina, Arab Saudi, Vietnam, Laos, Hong Kong dan China.Sementara itu, Cikgu Danial Heryanto berkata, inovasi Idaman Tea dihasilkan menggunakan tumbuh-tumbuhan organik iaitu pucuk daun jambu batu dan daun pudina yang telah dikeringkan secara tradisional di bawah cahaya matahari sebelum dijadikan serbuk."Serbuk yang banyak khasiatnya ini, dihidangkan di dalam uncang yang diperbuat daripada serat daun nanas (Ananas Comosus)."Kemudian, uncang yang boleh dicuci ini, boleh diguna semula beberapa kali untuk sajian minuman yang seterusnya," katanya yang juga Guru Cemerlang bahasa Melayu.Beliau berkata, penghasilan Idaman Tea itu bukanlah untuk nilai komersil semata-mata."Objektif inovasi ini adalah untuk memberi peluang kepada murid melontarkan idea berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang mereka ada."Murid turut terdorong untuk melakukan penyiasatan dan juga inkuiri hasil persoalan idea yang timbul. Maka projek ini bukan sahaja dapat dijadikan sebagai produk inovasi sekolah, malah telah membawa kepada pembelajaran terbeza dan terbentuknya elemen merentas kurikulum itu sendiri," ujarnya.[caption id="" width="400"] Cikgu Danial Heryanto dan Mohamad Khairy Faris Afandey bersama piala Anugerah Khas yang dimenangi pada IPITEX 2020.[/caption]