UTeM pelopori pembangunan dan perlaksanaan peperiksaan akhir semester dalam talian bertaraf global
Iklan
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mempelopori pembangunan dan pelaksanaan sistem peperiksaan akhir semester secara dalam talian seiring dengan persekitaran pandemik dan keperluan semasa peringkat global. Jelas beliau, antara lain projek ini berobjektif untuk mewujudkan satu proses, kerangka kerja meliputi pengurusan dan perlaksanaan peperikaan yang bersistematik mengikuti peraturan-peraturan peperiksaan berintegriti tinggi.Ujarnya, projek ini turut menjamin kualiti dan kredibiliti pengurusan dan perlaksanaan peperiksaan secara dalam talian.Baca juga Cikgu Melankolik Malaya guna saluran YouTube mengajar teknik melukisBaca juga Profesion perguruan jadi pilihan ramai, tapi anda kena tahu 5 perkara ini sebelum memohon"Projek yang dibangunkan UTeM ini merupakan projek pengurusan peperiksaan bersepadu yang menjadikan UTeM satu-satunya universiti dalam negara yang membangunkan proses, Prosedur Operasi Stadard (SOP), kerangka kerja, peraturan dan operasi yang bersistematik peringkat global," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini. Katanya, dari aspek pelajar pula pelajar-pelajar boleh menduduki peperiksaan di mana sahaja mereka berada di bawah pemantauan yang berkesan di samping proses penilaian akhir pelajar tidak terganggu.Menyentuh mengenai tempoh pembangunan dan pelaksanaan projek ini, beliau menyatakan projek mula dibangunkan sejak Mac 2020 dan perlaksanaannya telah berjalan selama tiga semester berturut-turut."Ekoran keperluan mendesak pada musim pandemik melanda negara pada waktu itu, maka kami bertungkus lumus bangunkannya dalam tempoh tiga bulan sahaja lalu terhasilnya Sistem Peperiksaan atau Exam Portal UTeM ini lengkap dengan segenap proses, kerangka kerja dan SOP," katanya.Ikuti juga kami di:Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/Twitter: https://twitter.com/GPSBestariYoutube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/