MMU Tawar Yuran Istimewa Pengambilan September 2021

Iklan
mmu

Cyberjaya – Universiti Multimedia (MMU), sebuah universiti terkemuka dalam pendidikan teknologi maklumat dan komunikasi, menawarkan yuran istimewa untuk program asasi serta pengecualian yuran kemasukan untuk program Diploma bagi pengambilan September 2021.

Iklan
Iklan

Menawarkan harga istimewa serendah RM6,000 untuk kesemua program asasi yang ditawarkan kecuali Perundangan, ia adalah sebagai satu inisiatif untuk meringankan beban ibu bapa dan penjaga pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Iklan

Pada masa yang sama, MMU juga mengecualikan yuran kemasukan bagi mereka yang berminat untuk mengikuti program Diploma.

Iklan

Presidennya, Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud berkata, langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha universiti dalam memperjuangkan pendidikan tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.

[caption id="attachment_26053" width="200"] Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud[/caption]

Katanya lagi, usaha ini juga mempunyai hubungan langsung dengan matlamat melahirkan pemimpin masa depan negara.

"Kami menyedari sepenuhnya bahawa pandemik ini telah menyebabkan ramai dalam kalangan ibu bapa dan penjaga mengalami penurunan dalam kemampuan kewangan yang mengakibatkan mereka menangguhkan rancangan untuk menghantar anak-anak melanjutkan pelajaran atau mereka membatalkan rancangan itu sepenuhnya," katanya.

Tambah beliau, jika hal ini terjadi, negara akan mengalami kerugian dan bagi mengelakkan perkara itu, pihaknya memainkan peranan membantu memastikan anak muda Malaysia dapat melanjutkan pengajian seperti biasa.

Prof Mazliham turut memberitahu tawaran tersebut mencerminkan komitmen MMU untuk melahirkan pemimpin masa depan negara dengan ilmu pengetahuan tercanggih dan kemahiran digital yang relevan dengan peredaran zaman.

Bagi pengambilan bulan September, MMU juga telah menurunkan kadar yuran pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada RM27,000 kepada RM19,500 setiap pelajar.

Prof Mazliham berkata, langkah itu adalah rasional kerana pembentukan pemimpin masa depan terdiri daripada individu pada pelbagai peringkat pengajian dan bukan hanya untuk pelajar ijazah bacelor.

Di samping bantuan kewangan ini, MMU juga menawarkan pelbagai biasiswa kepada pelajar yang layak seperti Biasiswa Presiden, Biasiswa Merit, dan Biasiswa Kecemerlangan Sukan.

Biasiswa Presiden merupakan biasiswa yang paling didambakan oleh pemohon dan ia biasiswa penuh yang merangkumi 100 peratus tajaan yuran pengajian untuk program peringkat asasi, diploma, atau bacelor.

Berikutan nilainya yang tinggi, pemohon akan ditemu duga dengan mengambil kira latar belakang sosioekonomi mereka.

Sementara itu, Biasiswa Merit pula membolehkan pengurangan jumlah yuran sehingga 50 peratus untuk program asasi, diploma, atau bacelor, manakala Biasiswa Bakat MMU merangkumi 50 atau 100 peratus tajaan pengajian yuran, bergantung pada kecemerlangan bakat pelajar pada peringkat negeri atau nasional sama ada dalam bidang sukan, muzik, debat, kesenian, pementasan dan penulisan.

Selain itu, MMU turut menawarkan peluang biasiswa lain seperti tajaan daripada pelbagai yayasan, syarikat, dan organisasi.

Pendaftaran untuk pengambilan September akan diadakan pada 27 September 2021 dan kuliah akan bermula pada 4 Oktober 2021.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang MMU dan tawaran menarik yang disediakan, boleh layari laman sesawang www.mmu.edu.my.