IMG_9174
IMG_9174

Ahmad Amzad antara tetamu jemputan ASSSB

Adlan Farhan Azwan
04 Oct 2022 04:39pm
A
A
A

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim antara tetamu kehormat yang akan menghadiri majlis Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian di Hotel Concorde Shah Alam, esok.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri sejak Mac 2020.

Anak watan Kuala Terengganu ini mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada 1983 hingga 1987.

Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di dalam bidang perakaunan dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (kepujian) pada tahun 1995.

Sepanjang tempoh kariernya, beliau telah menjawat pelbagai jawatan antaranya sebagai Pengerusi Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd, Pengerusi Sukma Samudera Sdn Bhd, Pengerusi KSB Supply Services Sdn Bhd, Pengerusi EPIC Properties Sdn Bhd. Pengarah Eksekutif Crucial Malaysia Sdn Bhd (2007), Pengerusi Segar Ternak Sdn Bhd (2007) dan Pengarah Urusan MSET Shipbuilding Corporation Sdn Bhd (1995-2004).

Selain itu Ahmad Amzad juga pernah dilantik sebagai Penasihat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Terengganu, Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) serta Presiden Pergerakan Profesional Muda Terengganu (2000).

Sementara itu, ASSSB merupakan anugerah yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun ini untuk memberi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang menepati ciri-ciri S.M.A.R.T.

Lima ciri utama yang dicari iaitu S (Skil), M (Mahir), A (Atribut), R (Relevan) dan T (Teknologi).

Kesemua ciri-ciri ini perlu ada dalam setiap sekolah untuk layak dipilih sebagai pemenang.

Terdapat lima kategori dipertandingkan iaitu Sekolah Rendah Bandar, Sekolah Rendah Luar Bandar, Sekolah Menengah Bandar dan Sekolah Menengah Luar Bandar di mana masing-masing bakal memenangi hadiah wang tunai RM10,000, trofi dan juga sijil.

Manakala untuk Anugerah Khas Juri, pemenang akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM5,000, trofi serta sijil.

Majlis ini yang akan bermula pada pukul 11 pagi juga akan disiarkan secara langsung menerusi media sosial Facebook Sinar Bestari.

Artikel berkaitan

Milik siapakah trofi kristal ini? Nantikan pengumumannya 5 Oktober ini

Hadiah RM50,000 untuk sekolah, 19 soalan lazim pertandingan ASSSB guru perlu tahu

Bank Rakyat penaja utama Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan