Milik siapakah trofi kristal ini? Nantikan pengumumannya 5 Oktober depan
Milik siapakah trofi kristal ini? Nantikan pengumumannya 5 Oktober depan

Milik siapakah trofi kristal ini? Nantikan pengumumannya 5 Oktober ini

webadmin
13 Sep 2022 03:26pm
A
A
A

Trofi bagi Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB) yang akan berlangsung pada 5 Oktober di Hotel Concorde Shah Alam kini sudah berada di tangan penganjur. Kristal dengan reka bentuk minimalis berserta logo pertandingan, ia kelihatan cukup elegan.

Menurut Pengarah Program, Meen Tahrin, trofi kristal yang menjadi rebutan ini bakal dibawa pulang oleh lima buah sekolah yang dipilih sebagai pemenang dalam kategori masing-masing.

Lima kategori tersebut iaitu Sekolah Rendah Bandar, Sekolah Rendah Luar Bandar, Sekolah Menengah Bandar, Sekolah Menengah Luar Bandar dan Anugerah Khas Juri.

Anugerah ini akan diberikan kepada sekolah-sekolah yang mencapai lima ciri utama yang dicari iaitu S mewakili Skil, M - Mahir, A - Atribut, R - Relevan dan T - Teknologi. Kesemua ciri ini perlu ada dalam setiap sekolah untuk dipilih sebagai pemenang.

Namun persoalannya, sekolah manakah yang layak membawa pulang trofi kristal ini berserta hadiah iringan wang tunai berjumlah RM10,000 setiap kategori dan RM5,000 bagi kategori Anugerah Khas Juri?

Sama-sama kita nantikan acara kemuncak yang akan disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Bestari.

Untuk makluman, ASSSB merupakan anugerah yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun ini untuk memberi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang menepati ciri-ciri S.M.A.R.T.

Anugerah ini bertujuan menyokong hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) ke arah mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ia juga menyokong pengurusan sekolah untuk sentiasa berdaya saing dalam pembangunan sekolah bagi menjadi yang terbaik dan menyokong kemenjadian para guru untuk sentiasa memberikan idea kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran ke arah pendidik kalis masa depan.

Artikel berkaitan 

Kejayaan pelajar dan guru suntik semangat SMK Dato’ Sulaiman sertai ASSSB

Guru dan murid SK Kampung Baharu, Jerantut, berganding bahu menyertai ASSSB

Kelab Junior AFS Antarabudaya Malaysia antara faktor SK Seksyen 13, Shah Alam sertai ASSSB


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok