sk-jalan-3
sk-jalan-3

Amalan konsep SEJATI antara guru, rahsia kecemerlangan SK Jalan 3

Adlan Farhan Azwan
29 Jul 2022 12:00pm
A
A
A

Amalan konsep SEJATI yang diterapkan oleh guru Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor berjaya meraih banyak kejayaan dalam pelbagai aspek.

Ia terhasil menerusi penglibatan Guru Besar, Rozita Ahmad yang menerapkan konsep SEJATI iaitu

S - Saling menghormati

E - Elak daripada bercakap buruk dan fitnah di belakangnya

J - Jalinan mesra, bekerjasama dan bertolak ansur antara ahli pasukan

A - Anggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri

T - Tegur rakan secara hikmah

I - Ingatkan kebaikan yang dilakukan oleh mereka

Penglibatan Cikgu Rozita juga telah menyumbang kepada pencapaian para guru sekolah itu yang menerima Anugerah Emas pada Kolokium Amalan Terbaik 2021.

Selain itu, mereka berjaya mendapat Anugerah Emas pada Virtual 5 Stars Care Mentoring Untuk Tatabahasa Bahasa Inggeris.

Kejayaan sekolah ini diteruskan lagi dengan pencapaian daripada salah seorang guru yang dicalonkan dalam penyertaan Anugerah Sekolah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian iaitu Cikgu Fadhilah Ab Hamid.

Antara anugerah yang telah diterima beliau ialah Anugerah Ikon Guru Seni Budaya 2022, Anugerah Ikon Guru Kokurikulum Sekolah 2021 dan Anugerah Kelab/Persatuan Terbaik: Kelab Kebudayaan 2021.

Sementara itu, Cikgu Ferooz Ramasamy turut cemerlang apabila menerima Anugerah Inspirasi Sejati 2021, Anugerah PDPR Terbaik 2021 dan Anugerah Kelab/Persatuan Terbaik: Kelab Bahasa Inggeris 2021.

Artikel berkaitan

Konsep JERI, kunci utama kejayaan SMK Hang Kasturi

Keseimbangan kokurikulum dan akademik, rahsia kegemilangan 100 tahun SMK Sultanah Asma

Kejayaan pelajar dan guru suntik semangat SMK Dato’ Sulaiman sertai ASSSB


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan