smt sejingkat
smt sejingkat

Ikon pelajar cemerlang SMT Sejingkat, duduki carta nombor 1 sekolah, terima tawaran belajar di Jepun

Rasyidah ZulkifiRasyidah Zulkifi
07 Sep 2022 11:05am

Bukan sekadar memperoleh keputusan SPM 10A, malah Raffidah Bidin berjaya menduduki carta nombor satu pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, Sekolah Menengah Teknik (SMT) Sejingkat, Kuching, Sarawak seperti yang diumumkan baru-baru ini.

Mantan Timbalan Ketua, Majlis Perwakilan Pelajar ini merupakan seorang pelajar yang suka membantu rakan-rakannya dengan berkongsi pengetahuan.

Selain cemerlang dalam akademik, Raffidah juga aktif dalam kokurikulum dan merupakan bekas atlet bola jaring yang sering mengambil bahagian dalam kejohanan-kejohanan yang dipertandingkan.

Pelajar yang mempunyai minat mendalam dalam subjek Matematik dan Kimia ini pernah menjadi Pengerusi Kelab Rekacipta dan Inovasi, SMT Sejingkat.

Dia berhasrat melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik selepas tamat SPM serta bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera profesional berdaftar di bawah Lembaga Jurutera Malaysia suatu hari nanti.

Selain Raffidah, Hendrix Herman yang meraih keputusan 9A dalam SPM 2021 juga tidak kurang hebatnya dalam mengharumkan nama sekolah.

Kejayaan mereka berdua ditampilkan dalam penyertaan Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Hendrix merupakan pelajar kebanggaan SMT Sejingkat kerana menjadi contoh teladan kepada pelajar-pelajar lain agar bersikap matang dan dengan akhlak yang terpuji.

Sekali gus membuatkan anak ketiga daripada empat beradik ini diberi kepercayaan oleh guru untuk menyandang jawatan sebagai Ketua Tingkatan, pada masa sama mengasah bakat kepimpinan.

Selain itu, dia juga menunjukkan minat yang amat tinggi dalam subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Buktinya, Hendrix sering mendapatkan gred A dalam mata pelajaran Fizik, Kimia, Matematik Tambahan sehingga melayakkannya menerima tawaran pengajian tinggi di Jepun dalam bidang kejuruteraan di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Artikel berkaitan 

Ikon Muaddib pelengkap nilai tambah bakal guru Fakulti Pendidikan, UiTM 

Ikon Sukarelawan Lelaki 2021 kongsi 4 kemahiran penting yang perlu semua hadam 

Teringin belajar di Jepun, ini antara biasiswa yang pelajar boleh cuba mohon


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan