SBPI Selandar Melaka
SBPI Selandar Melaka

Terapkan STEM dalam pendidikan, guru dan pelajar SBPI Selandar mara ke peringkat antarabangsa

Rasyidah Zulkifi
21 Jul 2022 04:56pm
A
A
A

Walaupun pelajar-pelajar mengambil jurusan Sains Tahfiz, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Selandar mementingkan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk mencapai pendidikan yang holistik.

Buktinya, sekolah berasrama penuh yang terletak di Kampung Ulu Batang, Melaka ini menyertai pelbagai pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta terkini dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T (ASSSB) di bawah kategori Sekolah Menengah - Luar Bandar.

Bersempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri dua bulan lalu, guru subjek Matematik SBPI Selandar, Dr Azlina A. Rahman dinobatkan sebagai Ikon STEM Negeri Melaka 2022.

Selain itu, beliau juga merupakan pemenang Inovasi pengajaran dan pembelajaran (PdP) STEM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Dr Azlina turut memenangi tempat kedua bagi Anugerah Penyelidikan Antarabangsa Canada/Jasper Research Award 2021/2022 anjuran kerajaan Kanda dan The Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO).

Tidak kurang hebatnya pencapaian guru subjek Bahasa Antarabangsa Jerman SBPI Selandar, Ahmad Hatim Amir Sulaiman.

Beliau pernah mewakili Malaysia ke Thailand untuk menghadiri program Regional Blended Learning B2 anjuran Goethe Institute.

Ahmad Hatim Amir juga aktif menyertai pertandingan di luar sekolah dan merupakan peserta Deklamasi Sajak Jerman sempena Hari Guru Negeri Melaka, selain memanfaatkan pendigitalan pendidikan dalam PdP.

Jejak langkah guru-guru ini turut diikuti dua pelajarnya, Nor Auni Awfiyah Ja’afar dan Nur Farhani Muhd Firdaus Tan yang bukan sahaja menghafaz al-Quran, malah aktif dalam akademik serta kokurikulum.

Pada pertandingan Malaysia International Young Investors 2021, mereka juga memenangi Anugerah Gangsa Inovasi di peringkat antarabangsa.

Artikel berkaitan

581 pelajar sekolah diberi pendedahan keusahawanan melalui STEM 

Ezzati Hanis, duta kecil Malaysia jadi inspirasi guru dan pelajar

O-som! Permainan psikologi, dipertandingkan di peringkat antarabangsa

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan