Ezzati Hanis, duta kecil Malaysia jadi inspirasi guru dan pelajar
Ezzati Hanis, duta kecil Malaysia jadi inspirasi guru dan pelajar

Ezzati Hanis, duta kecil Malaysia jadi inspirasi guru dan pelajar

Roshlawaty Md Raieh
01 Jun 2022 11:03am
A
A
A

Terpilih sebagai duta kecil Malaysia ke luar negara adalah satu pencapaian yang cukup besar buat pelajar Tingkatan Tiga dari Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya ini.

Ezzati Hanis Khairuzzaman yang mewakili negara dalam Program Broadcom MASTERS International bersempena Regeneron International Science Fair (ISEF) 2022 di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat pada 7 hingga 13 Mei lalu, berjaya buktikan Malaysia juga mempunyai pelajar cemerlang setanding dengan pelajar lain.

Memetik kenyataan dari laman Facebook rasmi Kementerian Pendidikan (KPM) baru-baru ini, Ezzati Hanis dipilih menyertai program berprestij itu berdasarkan pencapaian cemerlangnya dalam Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan peringkat kebangsaan 2022 anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), KPM.

Melalui program Broadcom MASTERS International, pelajar hebat ini telah membentangkan projek inovasi yang dihasilkan olehnya dan berkongsi ilmu bersama Broadcom MASTERS yang lain.

Dalam pada itu, Ezzati Hanis turut dianugerahkan ‘Class Speaker Award’ atas penglibatan aktif dalam program berkenaan.

Malah, dia juga berpeluang melawat universiti tempatan di Atlanta, Georgia, beberapa tempat berkaitan sains dan mengikuti penganjuran Regeneron ISEF 2022 di Atlanta secara lebih dekat.

Diharapkan, kejayaan Ezzati Hanis ini menjadi inspirasi kepada pelajar seluruh negara untuk terus menceburkan diri dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan membudayakan pembelajaran secara inkuiri serta mengukuhkan pendidikan STEM di sekolah demi melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan berdaya saing.

Artikel berkaitan 

Permohonan kemasukan IPG, Kolej Matrikulasi sesi 2022/2023 Fasa Dua bermula 1 Jun

3 murid terharu guru datang ke rumah beri sumbangan, hanya doa mampu diberikan untukmu cikgu

5 tip pemakaian guru yang sesuai dipakai ke sekolah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok