tkrs
tkrs

Kejayaan kokurikulum tunjang utama kecemerlangan SJKC Puay Chai 2

Adlan Farhan Azwan
07 Sep 2022 09:05am
A
A
A

Kejayaan kokurikulum yang diraih oleh murid-murid dan guru menjadi penyumbang utama kepada kecemerlangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Puay Chai 2, Petaling Jaya, Selangor.

Menjadi kebanggaan sekolah apabila sumbangan dan jasa Cikgu Rabi’atul Adauwiyyah Ab. Kadir dalam unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) berjaya mengharumkan nama SJKC Puay Chai 2 di peringkat kebangsaan.

Cikgu Rabi’atul Adauwiyyah ketika berada di Pusat Kokurikulum Negeri Melaka.

Beliau telah dilantik sebagai Ketua Jurulatih TKRS Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama (PPDPU) dan diberi tanggungjawab selaku penceramah dan juri bagi Kursus Kejurulatihan Kawad Kaki KRS Kebangsaan 2022.

Bukan itu sahaja, Cikgu Rabi’atul Adauwiyyah juga aktif dalam penulisan apabila diberi peluang untuk menjadi salah seorang penulis bagi beberapa antologi seperti Karyawan Guru Malaysia 2021, Berikan Kami Kasih Sayang dan Kasut Bertuah.

Kecemerlangan kokurikulum sekolah ini diteruskan lagi menerusi muridnya, Wave Chua yang berjaya merangkul beberapa pingat dalam sukan Taekwondo.

Wave Chua mendapat pingat emas di Kejohanan E-Poomsae bawah 12 tahun Peringkat Negeri Selangor 2021 dan Wu Kwon Online Taekwondo International Championship 2021.

Antaranya ialah pingat emas di Kejohanan E-Poomsae bawah 12 tahun Peringkat Negeri Selangor 2021 dan Wu Kwon Online Taekwondo International Championship 2021.

Hasil penglibatan aktif dan kejayaan Wave Chua dalam sukan taekwondo, dia telah dianugerahkan Tokoh Murid 2021 SJKC Puay Chai 2.

Selain itu, turut melakar kejayaan ialah Abigail Loke Yu Qi menerusi kejayaannya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) apabila meraih pingat emas bagi Singapore And Asian International Math Competition (SASMO) 2022 dan International Maths Olympiad Competition SEA (IMOCSEA) 2022.

Ternyata usaha berterusan pelajar dan guru dalam mencapai kejayaan kokurikulum mampu memacu kepada kecemerlangan SJKC Puay Chai 2.

Artikel berkaitan

Persekitaran kondusif antara faktor kecemerlangan SK Seri Pristana

Prinsip 5P terbukti dalam kemenjadian murid di SJKC Chung Hua 5

Projek Taman Bunga dan Herba SJKT Ladang Riverside sumbang ke arah kemenjadian murid


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan