Gallery Walk
Gallery Walk

Persekitaran kondusif antara faktor kecemerlangan SK Seri Pristana

Adlan Farhan Azwan
22 Aug 2022 06:03pm
A
A
A

Persekitaran sekolah memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) supaya dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya memastikan kemenjadian setiap murid.

Oleh itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, Sungai Buloh, Selangor, telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kualiti persekitaran menerusi Program Pembinaan Gallery Walk.

Gallery Walk yang telah siap dibangunkan di SK Seri Pristana.

Hasilnya, sekolah ini berjaya mendapat tempat ketiga bagi Pertandingan Gallery Walk Peringkat Negeri Selangor 2022.

Selain itu, SK Seri Pristana juga telah merangkul beberapa anugerah di peringkat Daerah Kuala Selangor menerusi kejayaan meningkatkan persekitaran sekolah antaranya Anugerah Bilik Ruang Rehat Guru Harmoni, Anugerah Projek Khas dan Keceriaan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) serta Anugerah Musalla Terbaik.

Selain kejayaan tersebut, SK Seri Pristana turut menampilkan dua guru cemerlang iaitu Cikgu Norlela Mohamad Salleh dan Cikgu Suhaida Samsudin dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Penglibatan Cikgu Norlela dalam pendidikan telah berjaya mendapat pengiktirafan pelbagai pihak antaranya Anugerah Wira Prestij Sebagai Barisan Hadapan Pembelajaran Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor Tahun 2022, Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2021 dan Ketua Kontinjen Dalam Anugerah E-Nilam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor Tahun 2022.

Bagi Cikgu Suhaida pula, sumbangan beliau dalam bimbingan dan kaunseling turut berjaya melakar pelbagai kejayaan antaranya Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya Murid Terbaik Daerah Kuala Selangor 2021 dan mencapai tahap Amat Cemerlang bagi kategori Pengurusan Program Minda Sihat Proaktif Sekolah Rendah Daerah Kuala Selangor 2021.

Kecemerlangan SK Seri Pristana diteruskan lagi menerusi muridnya, Muhammad Sharf Muhriz Noor Mohd Farhan dalam arena sukan permotoran.

Aksi yang dipamerkan oleh Muhammad Sharf ketika perlumbaan.

Antara kejayaannya adalah mendapat tempat keenam bagi kedudukan keseluruhan FIM MINIGP Malaysia Series 2022 dan Motorsport Best Perfomance MAM Come and Try 2021.

Secara ringkasnya, keutamaan dalam menyediakan persekitaran yang baik dan kondusif serta bimbingan daripada para guru cemerlang di SK Seri Pristana telah memastikan kemenjadian murid-murid.

Artikel berkaitan

Baru 30-an, sumbangan Cikgu Tarmizi dalam bola sepak SK Bukit Mutiara membanggakan!

Pembudayaan digital dan inovasi dalam kurikulum, kokurikulum SMPK Vokasional Indahpura

Unit beruniform tunjang kejayaan SMK Taman Maluri dalam bidang kokurikulum


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan