SK mukah
SK mukah

Kerjasama guru dan murid SK Mukah berjaya raih pelbagai kejayaan

Adlan Farhan Azwan
21 Jul 2022 09:18am
A
A
A

Sekolah Kebangsaan (SK) Mukah, Mukah, Sarawak berjaya melakar kejayaan hasil daripada kerjasama guru dan murid-murid.

Sekolah yang mula beroperasi pada 3 Jun 2002 telah berjaya meraih pencapaian sama di peringkat antarabangsa, kebangsaan atau daerah antaranya Sarawak Civil Service Innovation Convention 2021 (2 Stars) dan Anugerah Sekolah Ikon Peringkat Daerah Mukah 2022.

Selain itu, sekolah SK Mukah turut berjaya memenangi Anugerah Emas di International Digital Innovation and Invention Challenge 2021 menerusi kerjasama Cikgu Rokiah Kadir dan Cikgu Burhanuddin Kaderi.

Melihat dengan lebih dekat penyertaan sekolah bagi Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Cikgu Rokiah Kadir telah mencipta kejayaan tersendiri yang menyumbang kepada prestasi sekolah antaranya Anugerah Emas bagi Pertandingan Kreativiti PdPc/PdPR Peringkat Negeri 2021 dan Johan bagi Pertandingan Guru Kreatif kategori Kreativiti PdPR Peringkat Daerah 2021.

Dalam pada itu, turut memainkan peranan utama ialah Guru Besar SK Mukah, Cikgu Burhanuddin Kaderi yang menerima Anugerah Khas Pendidikan bagi kategori Kepimpinan – Rendah Peringkat Kebangsaan 2022 sempena Hari Guru ke-51 dan Anugerah Kepimpinan Sekolah Peringkat Daerah 2022

Kejayaan sekolah ini diteruskan lagi dengan pencapaian membanggakan oleh dua orang murid iaitu Nik Wardina Amanda Aznan dan Nur Fatin Nabila Mohammad Syaifful.

Menjadi kebanggsan buat warga SK Mukah apabila Nik Wardina berjaya menjadi Johan bagi E-Hafazan Al Quran Sekolah Rendah dalam Karnival e-Mahabbah Pendidikan Khas Peringkat Negeri dan seterusnya layak sebagai peserta di peringkat kebangsaan.

Nur Fatin pula muncul cemerlang pada pertandingan E-Kalam Arabiy Peringkat Bahagian apabila dinobatkan sebagai Naib Johan.

Artikel berkaitan

Manfaat kecanggihan teknologi dan kemenjadian murid, SMK Kampong Jawa raih kejayaan di pelbagai peringkat

Kelab Junior AFS Antarabudaya Malaysia antara faktor SK Seksyen 13, Shah Alam sertai ASSSB

Transformasi Digital SK Bukit Rimau, tingkatkan produktiviti dan kemahiran penggunaan teknologi


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan