smkkj3
smkkj3

Manfaat kecanggihan teknologi dan kemenjadian murid, SMK Kampong Jawa raih kejayaan di pelbagai peringkat

Nor Azma  Muhamat Laila
20 Jul 2022 05:43pm
A
A
A

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak lebih dua tahun lalu menyebabkan peralihan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) daripada konvensional kepada digital berlaku lebih cepat daripada yang kita sangkakan.

Kebanyakan guru-guru sekolah kini sudah ramai yang menggunakan teknologi sebagai bahan bantuan mengajar sekali gus menjadikan proses PdP menjadi lebih santai dan menyeronokkan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa (SMKKJ), Klang, Selangor antara yang tidak ketinggalan memanfaatkan kecanggihan teknologi bagi memastikan guru-guru menguasai kemahiran menggunakan pendekatan digital supaya murid-murid dapat terus belajar meskipun dalam tempoh pandemik.

Antaranya ialah membuat usaha sama dengan guru praktikal dalam memperkasakan penggunaan digital dalam pembelajaran seperti tutorial penggunaan whiteboard.fi, penggunaan buku teks digital, jamboard, padlet, canva dan TikTok.

Keberhasilan guru dalam penguasaan digital ini turut menjurus kepada kemenjadian murid di mana mereka belajar untuk menyediakan sumber bagi sesi pembentangan sehingga mendorong pihak sekolah menganjurkan pertandingan Gen-Z bagi melahirkan murid yang kreatif dan berinovasi dalam menghasilkan karya seperti poster dan infografik dalam bentuk digital.

Selain itu, SMKKJ yang menyertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T (ASSSB) di bawah kategori Sekolah Menengah - Bandar turut berjaya melahirkan pelajar yang berbakat dalam bidang sukan olahraga sehingga mampu mencipta pelbagai kejayaan di pelbagai kejohanan.

Pelajar Tingkatan Lima SMKKJ, Danial Shah Putra Hazlam berjaya mendapat naib johan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) bagi acara lompat jauh berdiri.

Dia juga dinobatkan sebagai naib johan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Klang bagi acara 110 meter (m) lari berpagar pada 2020 dan mendapat tempat ketiga Kejohanan Olahraga MSSD Klang 2020 bagi acara 400m lari berpagar.

Inisiatif digital yang dilaksanakan SMKKJ ini bukan saja mampu menjadikan tenaga pengajar di sekolah itu memiliki kemahiran teknologi yang terkini tetapi juga mampu menerapkan aspek penggunaan teknologi digital kepada pelajar-pelajarnya.

Ternyata, pelbagai usaha yang dilakukan SMKKJ terutama sepanjang tempoh pandemik yang lalu membuahkan hasil apabila sekolah berkenaan berjaya disenarai pendek sebagai 10 buah sekolah terbaik dunia bagi kategori 'Menangani Cabaran'.

Artikel berkaitan

Penglibatan aktif Cikgu Nyuk Fung dalam KRS, satu kebanggaan buat SMK Kubong

Dua kali juarai Pertandingan Mobile Legend, SK Kampung Lindungan bersaing dalam ASSSB

Nilai 3K jadi panduan SK Felda Pasir Besar tingkatkan prestasi murid


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan