taman tanaman tebu
taman tanaman tebu

Program Sekolah Lestari SK LKTP Felda Ulu Penggeli didik nilai prihatin terhadap alam sekitar

Adlan Farhan Azwan
22 Jul 2022 09:17am
A
A
A

Program Sekolah Lestari yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Felda Ulu Penggeli, Kluang, Johor berjaya menerapkan nilai prihatin terhadap alam sekitar dalam kalangan murid-murid.

Projek yang dilaksanakan adalah sebagai langkah untuk melahirkan generasi yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi dalam penjagaan alam sekitar.

Salah satu projek yang dijalankan ialah Program Kitar Semula dan Guna Semula dengan mengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula dan melakukan takungan air hujan supaya boleh digunakan untuk siraman tanaman.

Taman tanaman tebu dan juga kelapa sawit adalah sebahagian daripada Program Lestari Sekolah.

Selain itu, sekolah ini juga mengambil inisiatif untuk mewujudkan taman tanaman pertanian seperti tebu dan kelapa sawit.

Ia merupakan usaha berterusan oleh pihak sekolah bagi menggalakkan murid-murid untuk bercucuk tanam dan pada masa yang sama bagi menjana pendapatan supaya dapat menampung keperluan aktiviti kokurikulum.

Dalam pada itu, penyertaan SK LKTP Felda Ulu Penggeli dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB) turut menyaksikan barisan guru-guru cemerlang yang berjaya membawa nama sekolah ke peringkat kebangsaan menerusi kejayaan daripada Cikgu Hairul Azuan Ahdan dan Cikgu Mohd Jamil Ladsima.

Kedua-dua guru itu berperanan penting dalam pembangunan murid-murid dan ia dibuktikan dengan kejayaan Cikgu Hairul Azuan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Bakat Murid Peringkat Negeri Johor dan penerimaan Anugerah Penyelaras Penakrafan dan Pengiktirafan Pengurusan Pembangunan Sahsiah Murid Peringkat Kebangsaan 2021 oleh Cikgu Mohd Jamil 

Kecemerlangan sekolah diteruskan lagi dengan pencapaian memberangsangkan oleh murid-murid antaranya Muhammad Afizzin Iman Masri yang memenangi Anugerah Murid Cemerlang Kokurikulum Peringkat Negeri Johor 2021 dan Miza Batrisyia Amat Norizam sebagai pemenang Johan Pesta Pantun Negeri Johor.

Artikel berkaitan

SJKC Thai Kwang bolot 6 emas, di pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa

Guru dan murid SK Kampung Baharu, Jerantut, berganding bahu menyertai ASSSB

Manfaat kecanggihan teknologi dan kemenjadian murid, SMK Kampong Jawa raih kejayaan di pelbagai peringkat


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan