Picture15
Picture15

Nilai 3K jadi panduan SK Felda Pasir Besar tingkatkan prestasi murid

Adlan Farhan Azwan
20 Jul 2022 04:34pm
A
A
A

Nilai 3K iaitu Kebersihan, Keselamatan, dan Kesihatan telah dijadikan panduan oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Felda (F) Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan sebagai antara usaha untuk meningkatkan prestasi murid-murid.

Dengan penyertaan di bawah kategori Sekolah Rendah - Luar Bandar untuk Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), setiap aspek berperanan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang sesuai untuk pembangunan kemahiran dan insaniah para murid.

Sebahagian ruang yang telah diberi nafas baharu.

SK (F) Pasir Besar yang mempunyai seramai 34 guru dan 415 murid telah melakukan pembaharuan dan menaik taraf persekitaran di dalam dan luar sekolah.

Ia dilakukan dengan kerjasama warga sekolah dan juga murid-murid menerusi program Gotong Royong Perdana bersama komuniti Felda sempena Pertandingan 3K.

Komuniti Felda Pasir Besar yang menghulurkan bantuan untuk bersama-sama bergotong-royong.

Hasilnya, sekolah ini berjaya menjadi Johan bagi Gallery Walk Challenge kategori Sekolah Rendah Peringkat Daerah dan seterusnya mara ke Pertandingan Gallery Walk Challenge Peringkat Kebangsaan September 2022.

Pencapaian SK (F) Pasir Besar ditingkatkan lagi dengan penerimaan anugerah oleh guru-guru yang cemerlang antaranya Cikgu Mohd Zain Md Sevan dan Cikgu Mohd Shakirin Khamis.

Cikgu Mohd Zain

Sumbangan dan jasa Cikgu Mohd Zain Md Sevan selaku Guru Besar SK (F) Pasir Besar telah mendapat pengiktirafan dengan menerima anugerah Guru Besar Ikon Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pada Disember 2021.

Dalam pada itu, turut mengikut jejak yang sama, Cikgu Mohd Shakirin yang aktif dalam unit beruniform Pengakap.

Cikgu Shakirin

Penglibatan yang dilakukan secara berterusan dan konsisten dalam Pengakap telah berjaya melayakkan beliau untuk menerima Anugerah Pingat Megat Panji Alam Perak dan Anugerah Pingat Rajawali Perak.

Kejayaan dalam unit beruniform Pengakap diteruskan lagi apabila dua murid berjaya menyertai Global Scouts Kitchen Jamboree 2021 anjuran Boy Scouts of America International Committee.

Secara keseluruhannya, segala kejayaan SK (F) Pasir Besar telah membuktikan peranan guru yang amat besar dalam proses peningkatan prestasi murid di sekolah.

Artikel berkaitan

Kecemerlangan guru SAMT Sultan Hisamuddin berjaya bangunkan potensi pelajar

Penglibatan aktif Cikgu Nyuk Fung dalam KRS, satu kebanggaan buat SMK Kubong

Dua kali juarai Pertandingan Mobile Legend, SK Kampung Lindungan bersaing dalam ASSSB


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan