HomeAnugerah Sekolah S.M.A.R.TSJKT Kangar lakar kecemerlangan di pentas antarabangsa

SJKT Kangar lakar kecemerlangan di pentas antarabangsa

Pencapaian Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kangar, Perlis, ini cukup membanggakan apabila melakar banyak kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Sekolah ini merakamkan kejayaan peringkat antarabangsa apabila memperoleh satu pingat emas dan Anugerah Platinum (Special Award) menerusi Global Olimpiad Green Innovation (Go-Gif 21) manakala menerusi International Science Project Competition (Turkey) pula, sekolah ini menggondol dua pingat emas dan satu perak

Selain itu, sekolah ini turut mengharumkan nama negara apabila membawa pulang satu pingat perak menerusi Youth International Science Fair 2021 (Indonesia) daripada sejumlah 400 penyertaan murid daripada 23 buah negara.

Kejayaan turut diraih menerusi International Eureka Innovation Exhibition 2021 apabila menggondol satu emas dan dua perak.

Sekolah ini juga berjaya memperoleh pingat perak menerusi penyertaan dalam E-nnovate International Innovation Show 2021 (Poland) daripada sejumlah 183 penyertaan membabitkan 16 buah negara.

Tidak terbatas kejayaan di luar negara, SJKT Kangar juga cemerlang di peringkat kebangsaan apabila meraih tempat kedua menerusi penyertaan dalam National Jamming of Innovation IDEAS .

SJKT Kangar juga cukup membanggakan apabila meraih johan menerusi Pertandingan Kitar Semula Peringkat Negeri (kategori utama sekolah rendah) 2020/2021 dengan membawa pulang wang tunai RM1,000.

Selain itu, bagi membantu guru dan murid mengajar serta belajar dalam keadaan yang selesa, sekolah turut menyediakan kemudahan antaranya LCD bergerak bagi penggunaan di bilik mesyuarat, dewan mahupun kelas.

Malah, persekitaran sekolah juga dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi, pada masa sama notebook juga disediakan sebagai alternatif di semua kelas bagi membolehkan murid mengakses bahan menerusi dalam talian.

Seiring dengan perkembangan teknologi, SJKT Kangar juga sedang dalam usaha menyiapkan sebuah bilik khas dikenali sebagai Green Screen Studio untuk tujuan pengajaran serta pengajaran.

Berikutan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang, maka ia menjadi sandaran untuk SJKT Kangar menyertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Artikel berkaitan

Kejayaan pelajar dan guru suntik semangat SMK Dato’ Sulaiman sertai ASSSB

Kelab Junior AFS Antarabudaya Malaysia antara faktor SK Seksyen 13, Shah Alam sertai ASSSB

Guru dan murid SK Kampung Baharu, Jerantut, berganding bahu menyertai ASSSB


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok