HomeAnugerah Sekolah S.M.A.R.TPencapaian SK Nanga Pakan dalam aliran agama membanggakan!

Pencapaian SK Nanga Pakan dalam aliran agama membanggakan!

Pencapaian yang membanggakan dalam bidang agama jelas menggambarkan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Pakan, Julau, Sarawak pakar dalam aliran tersebut.

Dalam Kajian Tindakan Pendidikan Islam Peringkat Negeri 2021 menyaksikan Ustaz Mohd Khairul Anuar Sahimi sebagai penerima Anugerah Emas.

Dalam program Dakwah Bil Hal 2021 guru berkenaan juga merupakan fasilitator di peringkat kebangsaan.

Selain itu, antara kejayaan lain yang dicapai oleh murid-murid SK Nanga Pakan sepanjang 2021 hingga 2022

1. Emeralda Kenady menerima Anugerah Pelajar Harapan 2022/2023 bagi pencapaian cemerlang dalam akademik.

2. Francine Janette Jimmy menjadi peserta dalam program STEM Online Challenge 2021 Peringkat Negeri Sarawak.

SK Nanga Pakan juga menyahut seruan Kementerian Pendidikan dengan menjalankan kempen Transformasi Sekolah 2025 (TS25) secara berterusan.

Ini dapat dilihat apabila sekolah ini menyertai pameran pendidikan bertemakan TS25 yang diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, bulan lalu.

SK Nanga Pakan turut menggunakan medium teknologi seperti WhatsApp dan Google Meet untuk mencapai pendidikan yang holistik sehingga melayakkan sekolah ini menghantar pencalonan dalam program Anugerah Sekolah S.M.A.R.T (ASSSB).

Artikel berkaitan

SMK Agama Miri perkasa program keagamaan, tawar pelbagai khidmat untuk komuniti 

Nilai 3K jadi panduan SK Felda Pasir Besar tingkatkan prestasi murid 

Prinsip 5P terbukti dalam kemenjadian murid di SJKC Chung Hua 5 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok