pss-smk-la salle
pss-smk-la salle

Pendigitalan sistem pendidikan SMK La Salle Sentul bantu guru tangani isu pengurusan pelajar

Adlan Farhan Azwan
26 Jul 2022 06:18pm
A
A
A

Seiring dengan perkembangan teknologi, pendigitalan sistem di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle Sentul, Kuala Lumpur berjaya membantu para guru dalam meningkatkan kemahiran pengurusan pelajar.

Ia dilaksanakan menerusi beberapa laman sesawang seperti My La Salle Sentul, Dashboard Kurikulum dan Portal Rasmi SMK La Salle.

Hasilnya, guru-guru berjaya memperkasa dan meningkatkan kemahiran dalam memastikan pendidikan berkualiti disampaikan sama ada secara dalam talian mahupun di dalam kelas.

Selain itu, akibat daripada Covid-19 yang memaksa pelajar untuk mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), SMK La Salle Sentul berjaya membangunkan E-Nilam Sekolah yang berfungsi sebagai pusat sumber.

Paparan muka laman sesawang Pusat Sumber SMK La Salle Sentul.

Sehingga hari ini, pelajar serta guru melayari laman sesawang tersebut untuk mendapatkan bahan-bahan mahupun perisian yang diperlukan ketika proses PdPR.

Menyedari kepentingan penggunaan teknologi digital, sekolah ini turut dilengkapi dengan ‘Smart Classroom’ bagi memudahkan proses pembelajaran di dalam kelas.

Sejajar dengan penyertaan sekolah ini dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), ia boleh dinilai melalui kejayaan sekolah ini dalam pelaksanaan sistem pendigitalan yang dibimbing oleh Cikgu Ahmad Syahril Ayob.

Beliau memainkan peranan besar dalam menyediakan pusat sehenti untuk pendigitalan data sekolah iaitu My La Salle Sentul yang menggabungkan unit Pengurusan Sekolah, Kurikulum dan Hal Ehwal Murid.

Kemahiran dan kepakaran beliau telah diiktiraf apabila diberi Anugerah Khas Pendidikan bagi Kategori Inovasi Pendidikan Tahun 2022 sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah.

Artikel berkaitan

Transformasi Digital SK Bukit Rimau, tingkatkan produktiviti dan kemahiran penggunaan teknologi

Galakan dan sokongan berterusan kepada pelajar, faktor kejayaan kokurikulum SMK Tengku Idris Shah

Program We Love We Care, tanda prihatin SMK Mukah kepada pelajar


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan