HomeAnugerah Sekolah S.M.A.R.TPenggunaan teknologi dalam sistem pendidikan bentuk warga SK Bagan Serai mahir digital

Penggunaan teknologi dalam sistem pendidikan bentuk warga SK Bagan Serai mahir digital

Seiring dengan perkembangan teknologi hari ini, Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Serai, Bagan Serai, Perak telah membangunkan pelbagai sistem berasaskan pembelajaran digital.

Usaha ini dilaksanakan oleh salah seorang gurunya, Cikgu Azharul Faiz Zainal Abidin apabila berjaya membangunkan aplikasi JOMSIFIR 2.0 yang boleh dimuat turun di Google Play Store bagi peranti Android.

Aplikasi Jom Sifir membolehkan pengguna membuat latihan sifir menerusi telefon pintar sahaja.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi tersebut di peranti masing-masing untuk melakukan latihan sifir secara dalam talian.

Hasil inovasi aplikasi ini juga telah menjadi taruhan Cikgu Azharul untuk dipertandingkan di Karnival Inovasi Pembelajaran Perak (KIPP) 2021 dan berjaya meraih anugerah Perak.

Selain itu, Cikgu Azharul turut membangunkan satu lagi aplikasi iaitu VLE M-LEARNAPP yang dipertandingkan di International Digital Innovation and Invention Challenge (IDIIC) 2021 dan berjaya menerima Anugerah Emas.

Penyampaian Anugerah Duta 2021 oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Kejayaan Cikgu Azharul ini sememangnya memberi impak positif terhadap sistem pendidikan di SK Bagan Serai dan sekali gus menjadi tumpuan utama dalam penyertaan Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Dalam pada itu, SK Bagan Serai juga cemerlang dalam bidang inovasi menerusi Cikgu Juliana yang berjaya menghasilkan Magic PZ Box.

Ini terbukti apabila Cikgu Juliana berjaya menerima anugerah dua tahun berturut-turut iaitu Anugerah Perak di KIPP 2021 dan Anugerah Emas di KIPP 2022.

Diharapkan kejayaan yang dimiliki SK Bagan Serai ini dapat diteruskan dan pada masa sama mampu melahirkan murid-murid berkemahiran tinggi dalam aspek pembelajaran digital.

Artikel berkaitan

Kemahiran digital SK Dato’ Wan Kemara raih pengiktirafan antarabangsa

Pendigitalan sistem pendidikan SMK La Salle Sentul bantu guru tangani isu pengurusan pelajar

Pengurusan SMJK Chan Wa berorientasi ICT, perkasakan penggunaan teknologi dalam kalangan pelajar


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok