HomeAnugerah Sekolah S.M.A.R.TKemahiran digital SK Dato’ Wan Kemara raih pengiktirafan antarabangsa

Kemahiran digital SK Dato’ Wan Kemara raih pengiktirafan antarabangsa

Kemahiran digital yang dimiliki guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Wan Kemara, Changlun, Kedah menjadikannya satunya-satunya sekolah dalam Negeri Kedah yang menerima Anugerah Microsoft Showcase School pada September 2021.

Melalui pengiktirafan ini, seramai 93 orang guru dinobatkan sebagai Microsoft Innovative Educator (MIE) dan 15 orang guru lagi diberikan pengiktirafan sebagai Microsoft Innovative Educator Expert (MIEE).

Barisan guru SK Dato’ Wan Kemara yang berjaya mendapat pengiktirafan daripada Microsoft.

Sehubungan itu, kejayaan tersebut menjadi antara taruhan sekolah ini dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Selain itu, SK Dato’ Wan Kemara juga berjaya meraih Anugerah Emas Kategori Pendigitalan Sekolah dalam Digital Utilisation and Technology Award (DUTA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

Kejayaan ini telah menyumbang kepada pengiktirafan SK Dato’ Wan Kemara sebagai Sekolah Perdana pada tahun 2021.

Dalam pada itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) turut memainkan peranan penting sebagai medium pencetus hala tuju ke arah kecemerlangan.

Ia terbukti menerusi Penganugerahan Khas Kecemerlangan PIBG/PIBKS Cemerlang Peringkat Negeri Kedah Tahun 2021.

Selain mempertaruhkan kemahiran digital, sekolah ini turut menampilkan Cikgu Norazalina Bakar yang berjaya melakar pelbagai kejayaan terutamanya menerusi bidang teknologi dan inovasi dalam ASSSB.

Hasil bimbingan dan tunjuk ajar daripada beliau, SK Dato’ Wan Kemara berjaya memenangi Anugerah Perak di International Virtual Expo Of Innovation Product And System Design 2021 (IN-VIDE) yang disertai oleh dua orang murid iaitu Nur Zinnirah Mohd Azni dan Muhammad Afnan Muhamad Amar.

Artikel berkaitan

Program Sekolah Hijau SJKC Pulau Betong tingkatkan kesedaran terhadap alam sekitar

Transformasi Digital SK Bukit Rimau, tingkatkan produktiviti dan kemahiran penggunaan teknologi

Manfaat kecanggihan teknologi dan kemenjadian murid, SMK Kampong Jawa raih kejayaan di pelbagai peringkat


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok