Pengurusan SMJK Chan Wa berorientasi ICT, perkasakan penggunaan teknologi dalam kalangan pelajar
Seiring dengan perkembangan teknologi, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chan Wa, Seremban, Negeri Sembilan telah berjaya membangunkankan sistem pendidikan digital berorientasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Laman sesawang Dual Language Corner (DLC) merangkumi pelbagai kategori untuk tujuan pembelajaran yang mana guru dan pelajar boleh membuat perkongsian projek, infografik, proses pembelajaran dan tugasan menerusi laman itu dengan memuat naik bahan-bahan tersebut.
Segala bahan-bahan yang telah dimuat naik boleh diakses untuk tujuan pembelajaran sama ada guru mahupun murid.
SMJK Chan Wa juga mempunyai laman tersendiri bagi unit kokurikulum yang berfungsi untuk salah satu kaedah pemberitahuan maklumat tentang pertandingan yang akan diadakan secara dalam talian.
Selain itu, pengunjung yang ke laman sesawang itu juga berpeluang untuk melakukan pembelian barangan Koperasi sekolah secara dalam talian.
Melihat dengan lebih dekat penyertaan di bawah kategori Sekolah Menengah - Bandar ini, inisiatif Go Green telah dilaksanakan bagi memupuk sifat prihatin terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar.
Kayu-kayu lama diberi nafas baharu dengan dijadikan bangku untuk kegunaan pelajar dan kemudiannya dicat semula.
Hasilnya, kini SMJK Chun Wa mempunyai satu ruangan pembelajaran kendiri yang juga berfungsi ruang aktivti untuk pelajar dilengkapi dengan akses internet.
Artikel berkaitan
Transformasi Digital SK Bukit Rimau, tingkatkan produktiviti dan kemahiran penggunaan teknologi
Penggunaan teknologi di SJKC Pei Hua jadi pemudah cara PdP dalam talian