sjkt-kangar
sjkt-kangar

Peroleh pengiktirafan antarabangsa, bukti kemenjadian murid SJKT Kangar

Adlan Farhan Azwan
27 Jul 2022 04:54pm
A
A
A

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kangar, Kangar, Perlis telah membuktikan kemenjadian murid-muridnya menerusi pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Ini secara tidak langsung menjadi taruhan buat sekolah ini untuk menyertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Antara kejayaan SJKT Kangar yang pernah diperoleh ialah Anugerah Platinum di Global Olympiad Green Innovation 2021 dan dua pingat emas serta satu pingat perak di International Science Project Competition 2021.

Murid-murid SJKT Kangar bersama guru-guru pembimbing selepas memenangni pingat emas dalam International Science Project.

Selain itu, sekolah ini juga muncul cemerlang pada E-Innovate International Innovation Show Poland 2021 apabila meraih Anugerah Perak dan sekali gus mengalahkan 183 penyertaan daripada 16 negara lain.

Penyertaan SJKT Kangar dalam ASSSB diperkukuhkan lagi dengan pencapaian murid-murid khususnya dalam bidang Sains menerusi Rudtra Manivanan.

Rudtra telah berjaya merangkul pingat perak di 7th International EUREKA Innovation Exhibition 2021 dan Youth International Science Fair 2021.

Sementara itu, turut melakar kejayaan ialah Jeyshrini Kaliappan yang berjaya mendapat tempat kedua di National Jamming Of Innovation IDEAS 2021 (NJoII’21) dan pingat emas pada Kangaroo Math Competition 2021.

Walaupun Covid-19 melanda negara, ia bukanlah halangan buat warga SJKT Kangar untuk terus menganjurkan pelbagai pertandingan dan program yang dapat mencungkil bakat-bakat baharu.

Antaranya ialah Pertandingan Menghasilkan Video Kesedaran Covid-19, Pertandingan Bercerita (Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil) dan Program Kesedaran Amalan 3R.

Artikel berkaitan

Pengurusan SMJK Chan Wa berorientasi ICT, perkasakan penggunaan teknologi dalam kalangan pelajar

Manfaat kecanggihan teknologi dan kemenjadian murid, SMK Kampong Jawa raih kejayaan di pelbagai peringkat

Kelab Junior AFS Antarabudaya Malaysia antara faktor SK Seksyen 13, Shah Alam sertai ASSSB


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan