sudut santai sejend
sudut santai sejend

Persekitaran kondusif sumbang ke arah kecemerlangan SK Kuala Jenderis

Adlan Farhan Azwan
25 Aug 2022 12:43pm
A
A
A

Persekitaran kondusif yang menjadi amalan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Jenderis, Hulu Terengganu, Terengganu dilihat mampu mempengaruhi pembangunan murid-murid dari segi akademik dan kokurikulum.

Dengan menaik taraf kemudahan di sekolah seperti bilik darjah, bilik buku teks, makmal komputer dan pusat sumber, ia secara tidak langsung membolehkan sekolah ini menyertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Kelas untuk menjalani PdP telah diubah suai bagi keselesaan murid-murid.

Apa yang dilakukan sekolah ini sedikit sebanyak menyuntik semangat murid-murid untuk hadir ke sekolah dan memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Bukan itu sahaja, beberapa ruang untuk guru juga dinaik taraf antaranya bilik mesyuarat, pejabat, bilik guru besar dan bilik guru.

Ini bagi memastikan pengurusan sekolah dapat dilaksanakan secara teratur dan seterusnya memberi kesan positif dalam pencapaian sekolah secara holistik.

Selain itu, SK Kuala Jenderis turut dilengkapi dengan SEJEND One Trade Centre yang berfungsi sebagai sebuah sudut santai untuk kegunaan murid-murid mengadakan perbincangan di luar kelas bersama guru.

Sudut Santai untuk kegunaan murid-murid dan juga para guru.

Maka tidak hairanlah sekiranya sekolah ini berjaya memenangi pelbagai anugerah di peringkat negeri antaranya Anugerah Sekolah Benchmark Perkongsian Amalan Terbaik Negeri Terengganu TS25 2022 dan meraih tempat ketiga bagi Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Terengganu 2022 di bawah kategori Sekolah Kurang Murid.

Dalam pada masa yang sama, kecemerlangan SK Kuala Jenderis turut menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain di Daerah Hulu Terengganu apabila diberi penghormatan sebagai Sekolah Showcase TS25 Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2022.

Ternyata, persekitaran sekolah yang kondusif memainkan peranan penting bagi memastikan murid-murid dan juga guru dapat bersama-sama menjalani pembelajaran yang efektif.

Artikel berkaitan

Transformasi Digital SK Bukit Rimau, tingkatkan produktiviti dan kemahiran penggunaan teknologi

Projek Taman Bunga dan Herba SJKT Ladang Riverside sumbang ke arah kemenjadian murid

Persekitaran kondusif antara faktor kecemerlangan SK Seri Pristana


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan