samtaj
samtaj

Sekolah tubuh Nour TV, SAM Tengku Ampuan Jemaah asah bakat pelajar

Rasyidah Zulkifi
25 Aug 2022 05:28pm
A
A
A

Dalam usaha melahirkan pelajar yang berpengetahuan seiring dengan kemajuan teknologi semasa, Sekolah Agama Menengah (SAM) Tengku Ampuan Jemaah, Sungai Besar, Selangor membina saluran pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc), Nour TV di platform YouTube.

Rancangan pendidikan itu bermula pada Januari 2022 merupakan idea guru inovasi, Cikgu Rosnida Ahmad Hasan.

Beliau adalah orang penting yang bertanggungjawab membimbing pelajar untuk membuat liputan dan video berasaskan program-program sekolah.

Selain itu, projek ini juga bertujuan mengasah bakat pelajar-pelajar berbakat untuk menghasilkan video dan rancangan yang telah diatur, selain membina daya imaginasi serta kreativiti mereka seawal di bangku sekolah.

Dengan sokongan yang diberikan oleh Pengetua SAM Tengku Ampuan Jemaah, Norlin Yusuf, usaha Cikgu Rosnida ini turut dibantu oleh Cikgu Ishak Haini.

Terutamanya berhubung perkara ‘shooting equipments’ yang memerlukan kepakaran daripada ‘orang lelaki’ seperti penataan bilik studio, layar hijau, ‘lighting set’, telefon pintar dan komputer riba.

Pengacara program Nour TV, Muhammad Nadzreel Iman Muhaidi yang merupakan Ketua Pengawas sekolah dipilih kerana kepetahan dalam berbicara.

Pelajar ini pernah memperoleh Johan Forum Terbuka Lelaki dalam Pertandingan Kemahiran Amal Islami Peringkat Sekolah.

Yasmeen Zulhakim pula yang merupakan bukti kemenjadian pelajar sekolah yang terletak di kawasan luar bandar itu juga merupakan salah seorang kru Nour TV.

Dia dilantik sebagai penulis skrip untuk membuat liputan bagi projek ini kerana berpengetahuan yang luas dan berfikiran kreatif.

Jadi tidak hairanlah jika Yasmeen mendapat Anugerah Nilam Peringkat Kebangsaan.

Untuk itu, kehebatan sekolah ini dan seisinya turut ditonjolkan dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Artikel berkaitan

Kejayaan pelajar dan guru suntik semangat SMK Dato’ Sulaiman sertai ASSSB 

Dua kali juarai Pertandingan Mobile Legend, SK Kampung Lindungan bersaing dalam ASSSB 

Penyertaan ASSSB SK Sungai Bagian, hasil kecemerlangan murid


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan