sk j4
sk j4

Sikap keterbukaan SK Jalan Empat, dorong cemerlang semua program secara holistik

Rasyidah Zulkifi
26 Aug 2022 10:52am
A
A
A

Sikap keterbukaan Sekolah Kebangsan (SK) Jalan Empat, Bangi, Selangor terhadap semua pihak yang mempunyai kepentingan pendidikan dan di bawah kelulusan Kementerian Pendidikan (KPM) menjadikan penglibatan institusi ini cemerlang dalam semua program dianjurkan secara holistik.

Jika dihitung pencapaian yang diperoleh sejak, terdapat beberapa penyertaan sekolah ini menyumbangkan kejayaan yang membanggakan.

Antaranya, SK Jalan Empat menjadi johan negeri Selangor dalam program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar 2021/2022 anjuran bersama Jabatan Alam Sekitar dan KPM.

Sokongan padu daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga menjadi tulang belakang kepada kemenjadian ini. 

Kerjasama erat daripada komuniti di sekitar Bandar Baru Bangi turut menyumbang kepada kekuatan fizikal dan mental bagi menyempurnakan hasrat Sekolah Lestari yang ingin dicapai.

Bukan itu sahaja, di bawah pimpinan, Cikgu Ainon Mohammed Salehuddin, SK Jalan Empat dinobatkan sebagai Naib Johan dalam Anugerah Kehijauan Hijau 2021 dan membawa wang tunai sebanyak RM3,000.

Pencapaian sekolah yang besar apabila berpeluang bersaing dengan Universiti Malaya ini merupakan imbalan kepada Cikgu Ainon selaku guru besar yang bertanggungjawab terhadap semua perkara meliputi aspek kepimpinan, pengurusan, pemantauan, pencerapan dan komunikasi.

Tidak terhenti setakat itu, individu yang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin berkesan di SK Jalan Empat ini juga menyumbang kepada pencapaian emas dalam Kolokium Amalan Terbaik Pengetua dan Guru Besar Kelab Potensi.

Secara tidak langsung, sekolah ini menyokong hasrat kerajaan melalui anjakan kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Pada masa sama, sekolah kluster kecemerlangan ini juga menghantar penyertaan dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Artikel berkaitan

Guru Cemerlang kongsi petua melahirkan anak-anak hebat 

Kor Siswa Bomba lahir graduan holistik 

5 sikap menjadikan anda seorang pemain badminton yang hebat 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan