HomeKomunitiGuru Cemerlang kongsi petua melahirkan anak-anak hebat

Guru Cemerlang kongsi petua melahirkan anak-anak hebat

Setiap ibu bapa pasti menginginkan anak-anak yang bijak pandai.

Kerana itu, mereka sanggup buat apa sahaja, asalkan anak-anak menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara.

Guru Cemerlang, Ustazah Aminah Mat Yusoff menerusi Facebooknya, memuat naik petua melahirkan anak-anak hebat.

Mari ikuti perkongsian beliau.

*****

Lakukan perkara ini pada anak setiap pagi dan petang.

Kesannya subhanallah.

Di sini, saya kongsikan petua daripada ibu ayah yang telah melahirkan anak-anak yang hebat, cemerlang dan sangat baik budi pekertinya.

Ambil peluang ini untuk betulkan akhlak dan bangunkan jiwa anak.

Caranya sangat mudah tapi yang penting kena istiqamah dan berkekalan. Kesannya sangat bagus terutamanya dalam usaha membentuk jiwa anak-anak.

Setiap pagi (selepas Subuh sehingga sebelum Zohor) dan petang (selepas Asar sehingga senja) ibu ayah dengarkan bacaan ma’thurat kepada anak-anak.

Sama ada melalui rakaman ataupun baca sendiri.

Ma’thurat ada dua jenis yang boleh kita amalkan, Ma’thurat sughra ( lebih ringkas) dan kubra ( lebih panjang).

Kesannya:

1. Akhlak berubah menjadi lebih baik

2. Hati bersih dan kuat

3. Solat dan mengaji tanpa disuruh

4. Sangat taat pada suruhan

5. Cintakan perkara kebaikan

6. Mempunyai jiwa yang kental dan berani

7. Rajin

8. Otak cerdas dan mudah memahami ilmu yang dipelajari

9. Suka berbakti

10. Cintakan ALLAH SWT dan Rasulullah SAW

Selamat beramal. Moga dari kita lahirnya khalifah hebat yang cemerlang dan tawaduk.

Sumber: Facebook Aminah Mat Yusoff Yusoff

Artikel berkaitan 

Gigihnya berusaha, anak buruh kasar raih PNGK 4.00 dalam STPM 2021

Cara susunan fail bagi Calon Guru Cemerlang, ada 6 cadangan terbaik perkongsian Ustazah Aminah

SMK Tun Syed Zahiruddin, budayakan amalan guru penyayang, lahir pelajar cemerlang


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok