selayang
selayang

SK Desa Amanpuri usaha tingkat keceriaan sekolah, maju teknologi dalam PdP 

Rasyidah Zulkifi
16 Aug 2022 06:04pm
A
A
A

Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Amanpuri, Selangor dalam usaha menaik taraf fizikal sekolah untuk menjadi lebih ceria dengan berkonsepkan mesra alam sekitar, pada masa sama memastikan sekolah sentiasa maju dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Ini dapat dilihat penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan guru dan murid berada di tahap yang maksimum.

Semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) lalu, penggunaan e-mel Kementerian Pendidikan (MoE) mencapai 90 peratus (dari lima peratus sahaja sebelumnya). 

Semua guru dan murid didedahkan dengan bengkel Google Classroom (GC) sebelum PdPR berlangsung.

Bengkel itu dikendalikan oleh penyelaras ICT, Siti Noruhaida Dahari untuk membimbing guru dan murid mengenai GC sepanjang PdPR berlangsung. 

Platform utama ini digunakan bagi mengumpul hasil kerja murid secara tersusun dan pemarkahan murid yang lebih telus.

Selain itu, sepanjang PdPR, SK Desa Amanpuri juga aktif menyertai program secara dalam talian.

Antaranya, Pertandingan Video Kreatif Sekolah Harmoni 2020 Peringkat Daerah dan  Pertandingan E-Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDA) sekolah-sekolah Malaysia peringkat Kebangsaan 2022.

Jadi tidak hairanlah jika SK Desa Amanpuri menjadi taruhan dalam Anugerah Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB) anjuran Sinar Bestari, Sinar Harian.

Artikel berkaitan

Kejayaan pelajar dan guru suntik semangat SMK Dato’ Sulaiman sertai ASSSB 

Dua kali juarai Pertandingan Mobile Legend, SK Kampung Lindungan bersaing dalam ASSSB 

Penyertaan ASSSB SK Sungai Bagian, hasil kecemerlangan murid


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan