piz SMK Aminuddin Baki KL
piz SMK Aminuddin Baki KL

SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur cemerlang dalam akademik, sukan dan kokurikulum

Norliza Wasilan
18 Aug 2022 06:03pm
A
A
A

Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Kuala Lumpur ini memang tidak dapat disangkal, apabila berjaya ‘menghasilkan’ pelajar cemerlang dalam akademik dan juga kokurikulum.

Tidak hanya meraih pencapaian di peringkat kebangsaan, sekolah ini juga banyak mencipta banyak kemenangan dalam pelbagai pertandingan sehingga peringkat antarabangsa.

Tersenarai sebagai sekolah yang mencapai peratus cemerlang A tertinggi dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, SMK Aminudin Baki baru-baru ini memenangi dua emas dan satu perak dalam pertandingan International Applied Physics Olimpiad 2022.

Pencapaian pingat emas itu diraih Soh Teck Chee dan Brandon Kok Zhi Ren, manakala perak pula oleh Sara Alyssa Johan Aref.

Selain itu, sekolah ini turut mendapat pengiktirafan daripada Shell Malaysia apabila diumumkan sebagai penerima Most Outstanding Team-Merit Award (Internatioanl), Shell Nxplorers pada 23 April tahun lalu.

Kejayaan itu diperoleh tiga pelajar iaitu Chan Hew Yan, Saii Yashaa Gopinath Rao dan Xandria Ong Xin Hui.

Tidak cukup dengan itu, kejayaan turut diraih dalam International Mathematical Olimpiad National Selection Test (IMONSTI) anjuran International Mathematical Olimpiad (IMO) Malaysia menerusi Muhammad Ariff Ahmad Jamall yang memenangi emas (senior), Ogos tahun lalu.

Sekolah ini turut melahirkan atlet berbakat seperti Faliq Nazrin Nazle yang menjuarai pertandingan Malaysia 4V4 UWH Tournament anjuran Malaysia Underwater Hockey Association, Disember tahun lalu.

Berikutan kejayaan-kejayaan ini, secara tidak langsung ia menarik minat sekolah itu untuk menyertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Artikel berkaitan

Kejayaan pelajar dan guru suntik semangat SMK Dato’ Sulaiman sertai ASSSB

Pelbagai jalinan kerjasama dengan pihak luar, dorong SK Seri Biram sertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T (ASSSB)

Dua kali juarai Pertandingan Mobile Legend, SK Kampung Lindungan bersaing dalam ASSSB


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan