Pelbagai jalinan kerjasama dengan pihak luar, dorong SK Seri Biram sertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T (ASSSB)

Rasyidah Zulkifi
22 Jul 2022 06:33pm
A
A
A

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Biram telah ditubuhkan pada 1900 di Pekan, Pahang.

Pada 1953, sekolah yang lebih selesa telah dibina iaitu Sekolah Melayu Laki-Laki, namun pada 1941 sekolah ditutup impak daripada perang dunia kedua.

Kemudian ia dibuka semula pada 1945 dan dikenali dengan nama baharu, Sekolah Umum Pekan.

Bermula 1976 nama sekolah ini sekali lagi ditukar dan dikenali sebagai SK Seri Biram, kemudian diiktiraf dalam program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) anjuran Kementerian Pendidikan (KPM).

Dengan pelbagai kejayaan yang diperoleh saban tahun, sekolah ini menghantar penyertaan program Anugerah Sekolah S.M.A.R.T (ASSSB).

Antara tokoh guru dan murid SK Seri Biram yang ditampilkan ialah Cikgu Ahmad Haziqie Yusri Yusni yang merupakan jurulatih utama Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) bagi olahraga lompat tali, petanque dan akuatik dan Cikgu Suhaili Samsudin, pegawai teknikal Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) Pendidikan Khas Daerah Pekan.

Sementara itu tokoh murid pula diwakili oleh Ulfah Dayana Mohamad Taufik, ketua murid SK Seri Biram dan juara Plastic Tide Turnere Challenge dan Siti Aina Syazwina SH Abdul Wahab, pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang berjaya menjadi johan program eNIILAM Pendidikan Khas Daerah Pekan.

Sekolah ini juga mempunyai jalinan kerjasama yang kuat dengan Pertubuhan Disleksia Malaysia, Kementerian Kesihatan (KKM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti DRB Hicom.

Artikel berkaitan 

Dua kali juarai Pertandingan Mobile Legend, SK Kampung Lindungan bersaing dalam ASSSB

Penyertaan ASSSB SK Sungai Bagian, hasil kecemerlangan murid

Kerjasama guru dan murid SK Mukah berjaya raih pelbagai kejayaan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan