SK SRI PETALING
SK SRI PETALING

Warga SK Sri Petaling cukup aktif salur ilmu dalam DidikTV KPM

Norliza Wasilan
23 Aug 2022 10:14am
A
A
A

Tidak hanya terbatas mengajar dan belajar di dalam bilik darjah, guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Petaling, Petaling Jaya, Selangor, ini membuktikan mereka juga boleh menyalurkan ilmu menerusi media arus perdana.

Bakat dan keyakinan mereka terserlah ketika bersiaran menerusi saluran TV pendidikan iaitu DidikTV KPM, sebuah saluran khusus untuk pendidikan di negara ini.

Irwan Zaharuddin, 38, yang menjadi guru penyampai untuk Bahasa Inggeris di saluran itu telah berjaya menyempurnakan 13 slot untuk mata pelajaran itu bersama pelajar yang terpilih.

Beliau juga terbabit dalam program Tahap Dua Literasi dan Numerasi:Bahasa Inggeris, Getting to Know You pada September tahun lalu bersama enam pelajar cilik.

Selain Irwan, seorang lagi guru iaitu Shobanaa Gengatharan, 31, juga aktif dalam DidikTV KPM sebagai penyampai mata pelajaran Matematik .

SK Sri Petaling yang juga sekolah berstatus Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) itu turut melahirkan pelajar yang cukup aktif menyertai pelbagai pertandingan ataupun program antaranya membabitkan aktiviti sukan dan muzik.

Ini dibuktikan menerusi pencapaian Maia Muhammad Muzammil dalam piano gred lapan dalam Yamaha Music Foundation.

Pelajar ini juga aktif dalam sukan renang dan pernah menyertai Sport Excel/Milo Junior Swimming Circuit Leg 2, pada Jun lalu.

Muhammad Daris Ahmad Zaki pula aktif dalam acara memanah dan pernah terbabit dalam Karnival Bakat Sukan Wilayah Persekutuan, tahun ini.

Berikutan minatnya dalam Matematik, pelajar ini juga turut terbabit menyertai Kangaroo Math Competition Benjamin Category, April tahun lalu.

Seorang lagi pelajar iaitu Jhanani Tharmaseelan pula aktif menerusi penyertaan dalam talian seperti Pertandingan Poetry Recitation Premary dan Essay Writing peringkat negeri, Oktober tahun lalu.

Selain itu, Jhanani juga terbabit dalam Malaysia International Carnatic Music and Dance Competitions 2021, pada September tahun lalu.

Sehubungan itu, dengan segala pencapaian yang diraih, SK Sri Petaling turut tidak mahu ketinggalan untuk menyertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian, pada tahun ini.

Diharapkan agar SK Sri Petaling akan terus melahirkan murid-murid cemerlang dalam bidang akademik dan juga sahsiah diri.

Artikel berkaitan 

Kejayaan pelajar dan guru suntik semangat SMK Dato’ Sulaiman sertai ASSSB

Pelbagai jalinan kerjasama dengan pihak luar, dorong SK Seri Biram sertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T (ASSSB)

Kelab Junior AFS Antarabudaya Malaysia antara faktor SK Seksyen 13, Shah Alam sertai ASSSB


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan