Fadhlina (duduk di tengah) beramah mesra dengan para pesakit pada Perasmian Program Sekolah Dalam Hospital di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Fadhlina (duduk di tengah) beramah mesra dengan para pesakit pada Perasmian Program Sekolah Dalam Hospital di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Belajar walau di hospital: HSJ lancar Sekolah Dalam Hospital pertama Pulau Pinang

13 Mar 2026 02:35pm

Murid yang sedang menerima rawatan kini boleh terus belajar di hospital!

Hospital Seberang Jaya (HSJ) menjadi hospital pertama di Pulau Pinang yang melaksanakan Sekolah Dalam Hospital (SDH), memastikan tiada murid tercicir daripada pendidikan.

Program yang bermula pada 5 Ogos 2024 ini menempatkan guru, penyelia dan pembantu pengurusan murid, lengkap dengan papan pintar, mesin cetak 3D, permainan video Nintendo serta kelengkapan pejabat lain. Sejak itu, seramai 642 murid telah menerima manfaat pendidikan dan sokongan emosi.

No Image Caption

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata:

“SDH bukan sahaja memastikan pembelajaran diteruskan, malah menyokong proses pemulihan dan menyuntik semangat murid untuk terus menimba ilmu.”

Kurikulum yang digunakan sama seperti sekolah biasa, tetapi lebih fleksibel mengikut keupayaan murid. SDH telah diperluas ke 20 hospital di 12 negeri, memberi manfaat kepada 454,246 murid setakat ini.

Program ini bakal diperluas lagi ke Perak dan Putrajaya, bagi memastikan setiap kanak-kanak terus mendapat akses pendidikan walau menghadapi cabaran kesihatan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Ringkasan AI
  • Murid yang sedang menerima rawatan kini boleh terus belajar di hospital
  • Hospital Seberang Jaya menjadi hospital pertama di Pulau Pinang yang melaksanakan Sekolah Dalam Hospital
  • Program ini melibatkan penggunaan papan pintar, mesin cetak 3D, dan permainan video Nintendo untuk pendidikan
  • Seramai 642 murid telah menerima manfaat pendidikan dan sokongan emosi sejak perlaksanaannya
  • SDH kini telah diperluas ke 20 hospital di 12 negeri, manfaat kepada 454,246 murid
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp