
[TERKINI] PM umum cuti tambahan sempena Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan cuti tambahan sehari sempena Aidilfitri bergantung kepada sama ada pada Jumaat depan atau Isnin berikutnya.
Anwar berkata, cuti tambahan ditetapkan pada Isnin depan jika tarikh Aidilfitri jatuh pada Jumaat, manakala jika hari raya jatuh pada Sabtu ini, cuti tersebut diberikan pada Jumaat.
"Saya turun-turun (sampai) tadi sudah ada orang tanya cuti, bila PMX bagi cuti.
"Jadi kalau cuti, kalau hari raya pada Jumaat, 20 Mac maka cuti tambahan pada Isnin, 23 Mac. Kalau hari raya Sabtu, 21 Mac, cuti tambahan hari Jumaat, 20 Mac," katanya semasa berucap sempena Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2026 di Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad.
Pengumuman tersebut dibuat lebih awal katanya bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan sempena sambutan perayaan itu.
"Kita umum awal supaya kita boleh buat perancangan. Nak cuti hari Jumaat atau cuti Isnin? Siapa yang nak cuti hari Isnin, doa supaya hari raya Sabtu," katanya berseloroh. - Astro Awani
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti tambahan sehari sempena Aidilfitri
- Cuti tambahan ditetapkan pada Isnin jika Aidilfitri jatuh pada Jumaat
- Jika Aidilfitri jatuh pada Sabtu, cuti tambahan diberikan pada Jumaat
- Pengumuman dibuat awal bagi membolehkan perancangan sambutan perayaan
- Anwar berseloroh mengenai pilihan cuti sempena tarikh Aidilfitri
