Gambar kecil: Fazilah
Gambar kecil: Fazilah

Peranan guru berubah, cabaran baharu menanti

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
06 Apr 2026 02:46pm

Perubahan landskap pendidikan negara bukan sahaja memberi kesan kepada murid, malah mengubah peranan guru secara signifi kan.

Sebelum ini, guru dilihat sebagai penyampai ilmu, namun kini mereka tampil memudah cara pembelajaran yang lebih dinamik dan berfokus kepada perkembangan menyeluruh murid.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Fazilah Razali berkata, ia merangkumi aspek membimbing, menilai dan menyokong potensi individu selari pendekatan pedagogi abad ke-21 yang menekankan pembelajaran aktif, kolaboratif serta berpusatkan murid.

“Transformasi ini impak besar terhadap pembentukan sahsiah dan kemahiran insaniah murid serta melahirkan generasi yang holistik.

“Namun, kesediaan guru mengadaptasi perubahan masih dalam fasa pengukuhan. Jadi, ada pelbagai inisiatif latihan yang diperkenalkan secara tersusun dan berterusan oleh KPM bagi memastikan guru benarbenar faham dan kuasainya,” katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp