Rosli (empat dari kanan) hadir mewakili MSU bagi menerima Anugerah Best Holistic Education & Graduate Impact 2026 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Rosli (empat dari kanan) hadir mewakili MSU bagi menerima Anugerah Best Holistic Education & Graduate Impact 2026 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

MSU raih anugerah pendidikan holistik

Best Holistic Education & Graduate Impact 2026 kukuh komitmen lahir graduan berkemahiran dan berdaya saing global

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
27 Oct 2026 10:41am

Management and Science University (MSU) diiktiraf sebagai penerima Anugerah Best Holistic Education & Graduate Impact 2026 pada Private Education Excellence Awards (PEEA) ke-12 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengiktirafan itu memperkukuh komitmen MSU menyediakan pendidikan tinggi holistik dipacu industri bagi melahirkan graduan versatil, dilengkapi pengetahuan, kemahiran dan kompetensi untuk berjaya dalam persekitaran tenaga kerja global yang sentiasa berkembang.

PEEA dianjurkan Private Education Cooperative of Malaysia (EduCoop) dan National Association of Private Educational Institutions (NAPEI) dengan kerjasama Emerald Publishing.

Pelbagai kategori anugerah institusi dan individu dipertandingkan, termasuk Best Private University Award & Best AI University Award, Outstanding Global Pre-University Education Award, Educational Opportunity & Student Development Excellence Award, Private Education Innovation & Advancement Award, National Educator & Educationist Awards serta Research & Innovation Excellence.

Majlis itu menghimpunkan pemimpin, pendidik, penyelidik dan wakil sektor pendidikan swasta Malaysia bagi meraikan kecemerlangan, mengiktiraf pencapaian serta menghargai sumbangan dalam memajukan landskap pendidikan tinggi negara.

PEEA 2026 disempurnakan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Sarina Salim.

Turut hadir Pengerusi EduCoop, Vijaya Letchumi; Presiden NAPEI, Datuk Lau Wai Cheng; dan Presiden Persatuan Profesor Universiti Swasta Malaysia, Professor Datuk Dr Toh Kian Kok.

Naib Presiden Kanan Endowmen dan Komunikasi MSU, Datuk Rosli Yusof, hadir menerima anugerah berkenaan.

Pengiktirafan itu mengukuhkan komitmen MSU seiring motonya, Transforming Lives, Enriching Future serta memperkasa individu melalui pendidikan berkualiti, pembelajaran sepanjang hayat dan penglibatan industri.

Artikel Berkaitan:

Pembangunan tenaga kerja berkemahiran, berdaya suai dan berdaya saing global turut diberi perhatian. 

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!

Kredit: SK Iskandar Shah, Parit Perak">

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp