
Pelajar lepasan SPM berpeluang mohon Program Asasi Sains Sosial (Aliran Pengajian Islam) UMS
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini berpeluang untuk mengikuti Program Asasi Sains Sosial (Aliran Pengajian Islam) bagi sesi pengambilan terbaharu yang ditawarkan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Menurut kenyataaan Fakulti Pengajian Islam, permohonan tersebut kini dibuka secara manual bagi membolehkan calon-calon yang berkelayakan memulakan langkah akademik mereka dalam bidang pengajian agama di peringkat asasi.
Jelas kenyataan itu, program asasi tersebut merupakan laluan khusus bagi pelajar yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam tiga bidang utama yang ditawarkan di UMS.
"Bidang-bidang tersebut merangkumi Ijazah Sarjana Muda Syariah, Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Ijazah Sarjana Muda Pendarasan Islam.
"Sehubungan itu, ibu bapa yang mempunyai anak lepasan SPM dipelawa untuk memanfaatkan peluang ini bagi memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf," katanya.
Katanya lagi, bagi calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang secara dalam talian melalui pautan rasmi di https://forms.gle/TVsxbP6kDBEcA7Fi6.
"Maklumat lanjut serta sebarang pertanyaan berkaitan proses kemasukan boleh dirujuk terus kepada Penyelaras Program Asasi, Dr Mohd Jainudin Peran di talian 013-890 6246 atau melalui e-mel rasmi di Jainudin.peran@ums.edu.my," katanya.