Yuneswaran (belakang, lima dari kiri) ketika merasmikan Program Generasi Cilik Perpaduan: Menu Sihat Perpaduan pada Sabtu.
Yuneswaran (belakang, lima dari kiri) ketika merasmikan Program Generasi Cilik Perpaduan: Menu Sihat Perpaduan pada Sabtu.

Lebih 35,000 murid Tabika & Taska Perpaduan nikmati manfaat Menu Sihat Perpaduan KPN

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
20 Apr 2026 04:16pm

Lebih 35,000 murid Tabika dan Taska Perpaduan di seluruh negara bakal menerima manfaat menerusi Program Generasi Cilik Perpaduan: Menu Sihat Perpaduan yang diperkenalkan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Pelaksanaan program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya ibu bapa, tentang kepentingan pemakanan seimbang dalam kehidupan seharian.

No Image Caption

Ia bukan sekadar menekankan aspek pemakanan sihat, malah menjadi platform penting dalam membentuk kesejahteraan sosial serta memperkukuh pembinaan Negara Bangsa yang mampan, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menitikberatkan pembangunan modal insan berkualiti sejak peringkat awal kanak-kanak.

Timbalan Menteri Perpaduan, Yuneswaran Ramaraj dalam ucapannya berkata, pemakanan sihat bukan sekadar isu kesihatan semata-mata, sebaliknya merupakan satu pelaburan strategik dalam melahirkan generasi masa hadapan yang berdaya saing serta bersatu padu.

Yuneswaran
Yuneswaran

"Melalui pendekatan 'Perpaduan Melalui Kesihatan', kita menyemai nilai perpaduan sejak usia muda selaras dengan kerangka Malaysia MADANI," katanya ketika merasmikan program itu pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Program Generasi Cilik Perpaduan: Menu Sihat Perpaduan turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan kanak-kanak, ibu bapa serta komuniti setempat.

No Image Caption

Aktiviti tersebut termasuk demonstrasi penyediaan Menu Sihat Perpaduan, pameran pendidikan pemakanan dan pengenalan konsep pemakanan seimbang 'Suku-Suku Separuh' yang menjadi panduan asas dalam memastikan pengambilan nutrisi yang betul.

Dalam pada itu, KPN turut mengumumkan tiga inisiatif utama iaitu pembangunan garis panduan mobilisasi ibu bapa di taska; pembekalan alat pengukuran tinggi dan penimbang berat digital kanak-kanak serta pengukuhan sistem pengumpulan dan analisis data pertumbuhan murid.

No Image Caption

No Image Caption

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp