Sapawi
Sapawi

Ramai pelajar tahfiz tiada SPM, boleh miliki sijil menerusi program SPM-Ekspres - USIA

ASYIKIN ASMINASYIKIN ASMIN
14 Apr 2026 01:16pm

Pelajar tahfiz yang tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini berpeluang mendapatkan sijil tersebut menerusi pelaksanaan program SPM-Ekspres yang dirancang oleh Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).

Yang Dipertua USIA, Datuk Sapawi Ahmad berkata, inisiatif itu bertujuan membantu golongan berkenaan yang tercicir daripada sistem pendidikan arus perdana untuk memperoleh sijil SPM.

"Kita akan melaksanakan SPM-Ekspres kerana pelajar tahfiz ini ramai yang tidak mempunyai sijil SPM di peringkat awal dulu.

"Namun semua sedang berjalan dengan lancar dan bila-bila masa saja kita akan laksanakan projek program tersebut," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka USIA di pejabatnya di Kota Kinabalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam pelan strategik pertubuhan itu menumpukan kepada pembangunan sumber manusia.

"Kita akan membangunkan sebuah kolej kemahiran Islam TVET dengan kerjasama Institut Kemahiran Islam Malaysia Darul Ridzuan untuk melahirkan graduan tahfiz dan juga pondok untuk mendapat diploma dan seterusnya di peringkat siswazah dalam jangka panjang.

"Kita juga sedang melaksanakan pengajian jarak jauh (PJJ) online dan sebagai asas untuk menunggu kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk kemahiran institut tersebut," katanya.

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp