Fadhlina
Fadhlina

Murid terjejas kebakaran Kampung Bahagia terima bantuan RM300 - KPM

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
23 Apr 2026 12:23pm

Bantuan khas sebanyak RM300 bagi setiap murid warganegara Malaysia yang terjejas akibat insiden kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah telah dikreditkan ke akaun sekolah.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, pihak sekolah akan segera melaksanakan agihan bantuan tersebut kepada murid bagi membolehkan ia digunakan sebagai persediaan kelengkapan persekolahan.

"Murid yang terjejas turut diberi kelonggaran untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah. Selain itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan telah diminta untuk memastikan keperluan murid dipenuhi, termasuk bantuan pengangkutan ke sekolah.

"Sokongan psikososial juga disediakan kepada murid, guru dan warga pendidikan.

"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus memastikan bantuan terbaik dapat disalurkan kepada semua murid yang terjejas, selain memberi perhatian terhadap aspek kebajikan dan kesejahteraan mereka," katanya menerusi kenyataan media pada Khamis.

Terdahulu, kebakaran besar yang berlaku di Kampung Bahagia melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar.

Kejadian itu menyebabkan ribuan penduduk di perkampungan atas air tersebut terjejas apabila api marak dengan pantas sehingga memusnahkan kediaman mereka.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp