Banjir Sabah: Lagi 27 sekolah di enam daerah terjejas

ASYIKIN ASMINASYIKIN ASMIN
25 Feb 2026 01:10pm

Sebanyak 27 sekolah di enam daerah di negeri ini terjejas akibat banjir termasuk Beaufort, Tenom dan Sipitang yang baharu diisytiharkan sebagai lokasi bencana pada Rabu.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, sekolah yang terlibat berada di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran, Beaufort, Tenom, Sipitang, Papar dan Tawau.

"PPD Beluran merekodkan lima sekolah terjejas, manakala PPD Beaufort mencatat jumlah tertinggi iaitu 14 sekolah.

"PPD Tenom dan PPD Sipitang masing-masing melibatkan tiga sekolah, diikuti PPD Papar dan Tawau dengan masing-masing sebuah sekolah terjejas," katanya ketika dihubungi Sinar Bestari pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, tujuh lagi sekolah tidak dapat beroperasi apabila bangunan sekolah dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir.

"Tiga sekolah terlibat di bawah PPD Beluran dan empat lagi di bawah PPD Pitas," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sebanyak 27 sekolah di enam daerah di Sabah terjejas akibat banjir
  • Daerah yang terlibat termasuk Beaufort, Tenom dan Sipitang
  • PPD Beaufort mencatat jumlah tertinggi sekolah terjejas iaitu 14 sekolah
  • Tujuh sekolah tidak dapat beroperasi kerana dijadikan pusat pemindahan sementara
  • Pengarah Pendidikan Negeri Sabah ialah Datuk Raisin Saidin
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp